Friday, November 27, 2009

aidiladha.satu kisah.

satu hari.di pagi aidiladha.
berteleku di satu sudut, seorang anak..
yg nampak keras,
tapi lemah sebenarnya.
yg suka ketawa,
tapi menangis kemudiannya.
yg nmpak tenang,
tapi berkocak jiwanya.

terduduk dia di sudut itu
merenung akan nasib diri.
membuka peluang untuk mengenal nurani
mencari khilaf sendiri.

anak itu, kini tahu.sudah tahu.
yg  mmpinya, angannya.
xmungkin akan tercapai.mustahil.
terlalu mustahil untuk dirinya.
menggapai langit, menggoncang awan.
kerana dia tahu.
tangannya x sampai.

mana mungkin dia ke ruang angkasa.
mencapai sang pelangi.
menemani sang bulan
atau bermain bersama bintang?
ianya tak mungkin.langsung x mungkin!

kau harus tahu.
bahawa
anak itu adalah aku.
aku yg kaku,di sudut yg gelap.
yg bersendiri.sepi.
bagaikan tiada kaki
untuk berdiri.
dan berlalu pergi.

aidiladha itu.
menjadi saksi
aku kini, sudah mmpu berdiri.
memandang ke langit.
sambil melangkah ke awan.
walaupun aku sedar
aku cuma seekor ikan. :D

No comments: