tau tak,
sesetengah manusia tak sedar yang dia telah,sedang atau pun baru melukakan hati orang. ala, senang cerita "kau bagi orang kecik hati tapi kau tak sedar." tapi okay la kan, sebab yang selalu buat macam ni adalah di kalangan kawan2 kita pastu nanti jap lagi tak sampai sejam mesti dia akan mintak maaf la kan. alaa, kecik hati kecil kecilan je. apa lah sangat.
tapi
ada jugak yang buat benda yg bukan setakat kecilkan hati, tapi siap boleh menimbulkan kemarahan, dia sedar tapi tak minta maaf time time tu, tapi kejap lagi, esok ke, lusa ke, waima dua tahun kemudian. macam " wey, aku tengok result muet kau, aku tahu aku salah, aku menyesal tapi aku minta maaf nanti je la bila kau dah okay. " Haha. ada ke macam ni? adaaaa~
malangnya, masih wujud manusia yang tahu dia sedang mengecilkan hati orang, ah, bukan setakat kecil hati, tapi siap boleh menimbulkan kemarahan dan kekecewaan, yayaya, dia sedar tapi dia buat buat macam innocent, naive. konon dia tak bersalah, paling baik, dan tak tau apa2. Tak, ni bukan macam mengumpat belakang2. itu dah biasa. Macam mana nak bagi contoh eh? Entahlah. maybe bila u come across it baru you tahu macamana. :D:D
Kesimpulannya, bukan semua benda yang you cuba atau sedang nak buat, orang tak tahu. kadang2, dengan memerhati tingkah laku you, orang boleh predict apa yang you cuba nak buat. Orang akan tahu dan orang akan berhati-hati bila nak bergaul dengan you. Silap silap, orang akan tak suka dan benci you habis-habisan dan prejudis yang berpanjangan..
Orang dulu dengan orang sekarang lain. itu kata sesetengah orang. Entah. malas nak fikir.
Pfft *tapi dulu2 orang tak kata 'Wth', diorang kata "Cis, Bedebah!" Haha.
p.s : Pelanduk selalu lupakan jerat tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk. Nak nak pulak jerat yg psyshic dan boleh smell evil! Hahaha. woohoho.
love♥,

No comments:
Post a Comment