Saturday, July 31, 2010

roda realiti

Realiti 01
Kadang kadang orang tak akan faham kenapa kita sukakan budak B tu sangat atau kenapa kita benci gila gila sgt budak A tu sebab diorang tak faham apa benda yang pernah atau sedang kita rasa ketika kita sedang mengalami perasaan suka atau benci itu. Lepas tu bila mereka tak faham, mula lah tanya ini soal itu kritik begini umpat begitu dan sebagainya. Orang tak mungkin akan beritahu secara details oh, kenapa saya suka sangat dengan budak B atau saya benci budak A sangat kerana bla bla bla. Cuma, belajarlah memahami citarasa orang lain. Tak semua orang kata  kau Spongebob tu comel.


Realiti 02
Bila kita berada di comfort zone, a zone where we will feel secure with the presence of everyone around us, kita akan mula tunjukkan true colours kita. Sampai kadang-kadang kita tak sedar kita mula jadi kurang alert and sensitif pada keadaan sekeliling. Sampai suatu ketika, kita tanpa sedar mula menyebabkan orang lain terasa dengan perbuatan kita. Orang mula rasa annoyed and last sekali menyampah la jawabnya. Tapi kita masih tak sedar. Sekali lagi, orang sekeliling takkan punya nak bagitahu depan depan muka kata "woi kau ni aku meluat la!". Takkan ya takkan sebab orang ada reasons diorang. Mungkin diorang segan nak bagitahu atau diorang tak nak you sedih ke apa. Sebab tu kita kena alert dan sensitive dengan keadaan sekeliling sebab its not about you yourself je dalam dunia ni. Fikir2 sikit pasal orang lain


Realiti 03
Siapa entah kata, it's not what we have that matters in this life; its who you have. Betul lah tu. Kalau you ada duit juta jutaan pun kalau you mati takde orang nak mandikan sembahyangkan takde guna. Kalau you comel, hensem mana pun kalau you takde kawan yang tahan dengan perangai you pun tak kemana la muka comel hensem kau tu. Simpan je dalam peti ais. So, sebab tu orang kata bila kita ada orang yang tahan dengan kita, sayang kita, kita kena jaga. Dalam konteks ni kita sebut pasal kawan2 la eh sebab takdenye kita tinggal dengan sedara mara sampai ke tua. Kalau ya pun mesti kawan2 jugak la tempat bersuka ria. Haha. Treasure paling penting di usia 20 tahun memang kawan lah. Seriously takde siapa yang mampu hidup sorang sorang takde kawan. Sebab tu la kawan kena jaga. Kena sensitif dengan apa yg dia rasa. Cakap boleh lepas tapi in the same time berlapik. Ni kalau you cakap bajet kelakar tapi sebenarnya mengecilkan hati orang lain sampai orang yang lalu lalang pun terasa hati tak payahla wey. Lepas tu you bajet tak bersalah siap defend diri lagi. Hadoi! Payah la macam tu kan. Haha.


Realiti 04
Woh, ada sesetengah manusia lebih gemar mengambil kesempatan berskala besar besaran terhadap kawan mereka! Haha. Ambil kesempatan tu perkara biasa. Macam oh i kawan dengan Abu sebab Abu ada kereta nanti Abu nak jalan jalan Abu mesti akan ajak i. So, i akan nampak cool. Lol. Boleh takde masalah. Takde siapa kisah. Tapi you dah tumpang kereta Abu you bayarla dia apa2 yang patut macam minyak ke, belanja ke. Baru la orang kata give and take. Bukannya you pegi angkut kereta dia bawak boyfriend girlfriend you tengok WorldStage lepastu pulangkan kereta dengan keadaan yg menjijikkan. Urgh! *Kisah hanya rekaan. cerita sebenar langsung tak sama dengan kisah sebenar. :)


p.s : Kadang kadang tak semestinya lagu yang kita nyanyi tu sesuai dengan suara kita. Kita je ingat sedap padahal orang dengar rasa nak tercabut telinga. Haha. :D





Love ♥

2 comments:

Naim H. said...

Yelah2 suara i xsedap xnyanyi dah pasni. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... :(

Dian N said...

HAHAHAHA. seriously i x cakap pasal you kott! Haha.nyanyilah. suara you okay lah!