Sunday, August 15, 2010

Outside the window.

Tak semestinya apa yang kita mahukan, kita akan dapat sebab kadangkala kita akan dapat perkara yang lebih baik dari apa yang kita pernah mahukan, yang kita terlepas tadi tu. Konsepnya sama, untuk semua benda. Tak kira lah untuk pekerjaan ke, interest ke, or even orang yang kita suka dan dah berangan angan untuk terus hidup dengan dia. Permasalahannya adalah untuk menerima kenyataan yang kita dah kehilangan benda yang kita suka benar tu. Wooohh.

Okay itu yg first.

Yang second.

I always have this problem. Masalah jiwa orang panggil. Jiwa kacau,celaru la apa la. Haha. Bila kita suka dekat orang, kita selalu tak nak confess dekat dia. Tak kira la berapa banyak support kita terima dari kawan kawan, sahabat handai, kenalan, saudara mara jauh dan dekat, belum tentu kita ada courage; guts untuk bagitau dia kita suka dia. Kenapa macam tu? I pun tak tau kenapa macam tu. Bukan i tak suka dekat dia, suka yang amat tapi masalahnya I don't have the courage untuk pergi depan dia dan kata

" Weyh, I think I like you la.".

Bukan setakat kata, bagi hint pun tak berani. Macam mana tu? Lepas tu, bila katakanla ohh orang tu dah suka orang lain, patah la hati berkecailah jantung beremosi la barang sehari dua mengenangkan nasib yang sudah jatuh ditimpa tangga cinta diberi tidak dibalas. Masalahnya, beri pun takkk! Haish. Macamana ni macamana ni? Hahaha. Kelakar gila kelakar gila! Kalau fikir fikir macam lawak tapi ni masalah serious ni. Sampai bila nak macam ni weh? Kalau asyik macamni susah ni. Hurmmmmm. *fikirfikirfikirlagi,lagidanlagi.

Okay tu permasalahan kedua.

Yang nombor tiga.

Okay, I might be have this psychological issues in me, macam bertentangan sikit dengan apa yg Erik Erikson punya theory, I macam selalu ada negative thoughts. Kat semua benda la. Haha.  Tapi tak applies dekat friends and family. selalu macam dekat strangers. Haha. selalu ingat orang yang duduk di sebelah train ada kemungkinan akan cuba meragut atau melakukan sexual harassment dekat wanita wanita. Haha. Oi, I'm not a feminist or a gender-biased okay. Lelaki masih penting dalam ekosistem. :D

Dan yang last sekali.

Sesetengah orang buat sesuatu tapi taknak bagi orang lain tahu atau nampak. Tapi ada sesetengah lagi yang dia nak buat benda tapi taknak orang tahu tapi apa yang dia buat tu memang orang nampak secara terang terangan. Oh come on la, kalau you mahu buat sesuatu secara terang terangan, kata kan sahaja atau lakukan sahaja, bukan nya kata ohh tak nak orang tahu tapi you tunjuk dekat orang ramai. And basically orang yang melihat bukan kanak kanak darjah satu atau dua, Hello, kita yang melihat dah besar okay dah dua puluh tahun (okay, 19 pun kira juga). sangat la besar gedabak siap boleh jadi ibu bapa orang. So, tak payah la. Sebab orang lain mungkin dah tahu cerita dan sejarah you dulu dulu,, sekarang tak ke awkward bila benda tu sangat bercanggahan dengan peristiwa lalu? Haish! Takfaham takfaham.  Tapi mungkin boleh jadi jugak sebab bak kata Madam K, it's about matters of time. Hurm okay mari tunggu dan lihat saja. Chill chill. Jangan celaru ye adik adik.

Haha.

Fuhh, panjang pulak this time.


Comel nya! Ish.


Ramblings with love ♥

No comments: