Hanya aku tahu apa yang engkau tahu. Oh, tidak, mungkin beberapa orang lagi. Kau gembira, sayu, dan mungkin sedikit kecewa. Bercampur baur. Kasihan kau. Kenapa nak gembira pula? dan kenapa nak sayu atau kecewa? Kau ketawa tapi ketawa kau bersulam nada luka. Mata kau bersinar sinar bercerita; sinar yang kau cuba jadikan alas duka dan kecewa. Dari awal sudah ku bilang, tiada kejayaan di sebalik semua itu. Jangan salahkan sesiapa waima keadaan juga tidak berdosa; dan mungkin kau juga. Sudahlah. Kau memang pandai berpura. Tawa bila selepas itu aku dengar bunyi tangisan di balik selimut yg kau tutup di muka. Senyum dan kemudian kau paling ke jendela.
Kau sedih sebenarnya. Kan?
1 comment:
Fighting Dya!!
Post a Comment