Dan bisiknya pada langit,
" Aku bukanlah anak kecil yang merengek pabila jatuhnya gula gula ke tanah, dan bukan juga sepohon semalu yang kuncup disapa sentuhan. Aku bukan manusia yang terlalu naif untuk kau umpan dengan kata kata kau, dusta, onar dan nista kau.Sayangnya aku pada dia bukan bermakna aku terlalu taksub dengan rasa dan menangisnya aku bukan kerana ditolaknya cinta.
dan titisan yang jatuh dari mataku, tiada bermaksud apa.
cuma sayu yang kadangkala tiba, bila minda mula mengikut rasa.
Selamat malam dunia. Semoga kau dan aku gembira.
Bila esok kita bukakan mata."
Ironi. Tiada yang mendengar.
p.s : Gthd.
- ♥ Ungu.
love ♥
dyaJ
No comments:
Post a Comment