Tuesday, April 26, 2011

Emoskrin, merah hitam kekelip.

Macam dah lama tak online sebab saya balik rumah dol dan selain itu saya ingat laptop saya yang jatuh tempohari tidak berfungsi tetapi apabila mencuba menekan butang, menyala pula dirinya tetapi kadang kadang warna merah, biru, gelap gelita dan selalunya akan berkelip kelip hitam merah seperti lampu liplapliplap hari raya. Agak menarik kalau guna macam selama lima minit tapi cuba renung dalam setengah jam, maka akan timbul rasa amarah seperti ingin melempar sahaja alatan supersonik ini tapi dengan lekas saya mengambil langkah berjaga jaga dengan meminum air milo ais. Pfft. Whatever merapu lara so saya guna saja lah sementara nak baiki dan buat assignment. Jangan tanya kenapa saya tak bawa, saya sudah bawa cuma tak pergi suruh orang tu baiki je lagiii. Nak tau kenapa sila tanya  tuan kedai komputer.

Okay vastdavoom mari kita tulis perkara di minda.

01. 
Rambut panjang dah jadi bob. Penampilan baru dan kebanyakan orang suka walau tak semua tapi saya rasa saya tak patut peduli itu semua. Sekian.

02. 
CABUL adalah singkatan untuk CAkap lain BUat Lain. Nampak tak nampak tak? Dah highlight warna pink jangan kata tak nampak lagi.

 Banyak benda nak dibicarakan pasal ni. Macam sesetengah orang mungkin kata pada makhluk A pasal makhluk B, kau kata "Wey, aku ske ah kau berbaik dengan dia, aku memang suka sebab aku okay je dol " tapi jap lagi kau pergi hantar message kat dia iaitu makhluk B, kau kata " Psst, kau jangan nak berbaik baik dengan dia si budak A tu, jangan rapat rapat dengan dia, aku tak ske." 

Sorry ye abang kakak jap lagi makhluk A dapat tahu dari makhluk B sebab makhluk B dengan makhluk A baik antara satu sama lain. Itu pun secara tak sengaja lak tu si dak B bagitahu dak A. Ini yang saya tak suka ini. Ish ish ish. 

Malas nak kata, ni wa kena sendiri ni. So saja la nak kata, sebab kadang kadang kan, perkara perkara macam ini, saya macam nak bagitahu depan depan, macam nak tanya individu itu " wey awak kenapew buart sayew macarm ni, awark ni jahaatttt tawwwww (baca: Lu pehal macam ni perangai dol? Cari pasal ke der? Lu sekarang jangan nak kata tak tak, lu ngaku sekarang!!"  tapi macam taknak sebab mungkin saya ini penakut atau mungkin juga saya ini terlalu lemah psikologinya pada ketika ini jadi saya mengambil keputusan untuk menulis sahaja di ruangan ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi jiran saya.

Kalau tak faham sila proceed.

03.
Peperiksaan akhir bakal menjelang. Berbekalkan dua final papers je itupun pada bulan Mei makanya study leave ini saya habisi dengan membuat assignment yang baru mula nak buat dan juga di samping menceburkan diri dalam aktiviti riadah berkuak lentang di dalam rumah iaitu berehat, bersantai. Pfft memang pemalas. Selain itu saya juga menceburkan diri dalam aktiviti memasak makanan enak selain menonton rancangan kegemaran tempatan seperti Sinetron Marimar yang macam best je kalau lu takde aktiviti nak buat dan juga menonton siri kegemaran House, NCIS dan CSI tidak dilupakan Phineas dan Ferb dan adik Spongebob Squarepants. 

Jadi kepada semua batchmates yang mengambil minor kaunseling seperti Momon dan juga Fana dan Teha dan Zac dan Dydy dan Akin dan semuanya saya ucap Good Luck la korang. Heeeheee.

Oh dan kepada individu lain juga yang tengah exam.

04.
Hutang. Bayar hutang itu wajib dan kalau orang tu lupa kena lah diingatkan dirinya. Hurm. Wajib dol. Wajib wajib wajib.

05.
Annoying atau tidaknya seseorang itu bergantung kepada atas siapa perlakuan itu dilakukan. Kalau individu itu chillax-je-la-bro-wa-rasa-cool-je so okay lah. Tapi setengah orang dia macam wey-wa-sikitsikit-wa-tahan-dulu kita kena faham la sebab setengah orang yang terannoyed ni dia tak cakap sebab you pun tak expect dia jap lagi dia mengaum kat you kalau you annoyed dia benar kan. And kadangkadang orang yang annoying ni pulak maybe dia macam chillaxlepakgoyangkangkung sebab dia pernah buat kat you tapi you diam je so dia buat la lagi. So apa je nak buat? Slowmotalk la paling baik kot. Haha whatever. Kalau dah buat tapi dia derk je buat juga so sila jauhkan diri barang sepicing dua kerana kalau semakin lama kelak diri yang semakin terannoy. Gitew.

Yang suka mengannoy, come on la. Sikitsikit sudah. 

Okay nampaknya sudah berkelipkelip jua dirinya. Saya sudah mula rasa amarah dan sakit hati, minda jiwa dan mata jadi saya pergi dulu, mandi pastu minum milo ais.

K dah bai korang. Take care, selamat beramal.


Love♥
dyaJ

1 comment:

dydy midnite said...

i like this post. all those items sgt menarik tau...