Friday, June 3, 2011

Syurga cinta? Lambat lagi.

Gambar untuk menceriakan suasana.

Dah tak ke seram bila kau nak pergi toilet pukol tiga pagi lepas tu dengar suara ala ala manja macam bercakap cakap. Keseraman hilang bila masa kau letak telinga di pintu bilik adek kau pastu dengar dia tengah bergayutan dengan monyet yang bercinta dengannya (kata cinta monyet, okay macam kejam gila panggil dia monyet tapi peduli apa kehkeh). Whatthe tak whatthe? Whaattthheeeeee! (purapura ada suara) Dah la malam, kejadahnya lah nak bergayutan macam motif. Nak quote rasa malas la pulak, kalau quote ada yang gelak tak berhenti. haha.Tido la dol, malam untuk tidol, dia bergayul lak. pfft.

Itulah anak muda remaja sekarang, kerana cinta sanggup kau bersengkang mata. Macam macam sanggup, sampai tergadai diri pun sanggup. Haish. Salah salurkan cinta salah, bercinta dengan orang yang tak betul pun salah, berkorban lebih lebihan pun salah. Jadi camno?

Bercinta memang tak boleh dielakkan, cuma masanya mungkin sudah, belum atau sedang tiba. Bercinta berkaitan dua hati dan jiwa (hati,jiwa berbeza eh?) jadi gunakan akal untuk mengimbangi rasa. Kadang kadang dengan ada cinta, hilang pula semua keburukan dirinya. Orang yang sayang pada kita, takkan lah nak kita binasa, orang yang sayang pada kita selalu akan melindungi kita, orang yang sayang pada kita tak suruh kita melakukan kejahatan, kemungkaran. This is mutual, kalau kita sayang orang pun macam tu jugak lah kita buat. Sedangkan agama kita ada menyatakan, kita tidak wajib mengikut kata suami kita jika dia menyuruh kita melakukan kemungkaran. Nampak tak tu, suami yang suruh isteri dia melakukan kejahatan yang berlanggar dengan hukum syara' tidak wajib diikut kata-katanya walaupun syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. Suami yang cinta pada isteri takkan suruh dia mendedahkan aurat di hadapan orang ramai, suami yang cinta pada isteri akan marah bila isteri melakukan kesalahan, tak gitu? Macam tu juga lah dengan isteri. Okay apabenda nya oi sampai ke bab suami isteri ni?

Orang yang sayangkan kita tak biar kita terjerumus ke lembah kehinaan. Dan kita juga tak mahu orang yang kita sayang jadi hina juga. Tetapi sesetengah orang tak nampak, bila bercinta jarang nampak salahnya. Sebab itu banyak benda kurang baik berlaku. Sebab bila bercinta segalanya indah belaka. Bulan bintang menjadi saksi, angin lembut menghembus pancaran cinta saksi blablabla tapi kalau tak berlandaskan agama, cinta itu tak ke mana. Mak selalu kata, bila bercinta semua best, tapi cuba dah kahwin, belum tentu. Jadi kata kan lah, orang yang kita cinta cintakan sangat itu mula menunjukkan belangnya, bagaimana? Ha, dari situ datangnya fungsi akal. Guna akal la pulak. Sebab pepatah pun ada kata, ikut rasa, binasa, ikut hati, mati. Jadi kita ikut akal. Memang susah lah bila dalam hati ada taman  tapi cubalah.

Sebab cinta pada manusia bukan penentu kau masuk syurga, kannnn?



p.s : Ini semua jiran aku yang nak kahwin punya pasal.


love♥
dyaJ

2 comments:

FrAsyh said...

LIKE SANGAT!!!

Helenaara said...

kesunyian menyebabkan kite mahukan cinta btul tak cik Dya, tp cinta itu tak seindah yang dilihat:)