Mungkin
Kau fikir kau terhebat
Pabila sekali lagi kau fikir
Tawa kau yang dibuat buat itu
Tak dapat aku jerat.
Mungkin
Kau fikir jiwa kau cukup besar
Menerima kemaafan
Yang aku tahu
Itu cuma langkah kau
Tak mahu ditinggal
Sendirian
Sudah.
Berhenti hidup dalam bayang
Kau punya cahaya
Tapi kau pilih untuk berselindung
dan bergantung harap
pada bayang kerdil
Yang sumbernya tiada.
Sudah.
Bayang yang kau puja
Tidak langsung punya kuasa
Malah sedang menikam jiwa raga
Dan menusuk dalam tawa.
Kau tahu kau punya cahaya
Tapi yang kau pergi jadi bodoh
dan menerima saja
Itu dah kenapa?
No comments:
Post a Comment