Dian baik dan cergas.
Tetapi sudah tiada hati.
Dian, masih punya seorang teman. Kerana walaupun Dian yang baik dan cergas sudah tiada hati dan comot.
Dian masih punya teman. Rabiah.
Dian sentiasa percaya kepada Rabiah.
Mereka tinggal sebilik. Patutlah rapat.
Dian sering berkata kepada Rabiah.
Rabiah, walau sesibuk mana pun aku, ketahuilah yang kamu sentiasa ada aku.
Rabiah aku percaya padamu.
Rabiah aku sayang pada kamu.
Tiga bulan.
Dian baik dan cergas
comot dan tidak berhati.
Tetapi Dian masih punya teman. Rabiah.
Sedang berjalan, Dian terdengar. Dia kata.
Aku sudah ada kamu.
Aku tak perlukan orang lain selain kamu.
Aku hanya percaya kamu.
Aku tiada teman lain.
Itu Rabiah.
Detik itulah Dian terpaku di lantai Bumi.
Baik dan cergas.
Tapi patah satu kaki.
2 comments:
Rabiah pula masih berdiri di belakang Dian, menanti peluang memamut tangan untuk berjalan seiring lagi?
Best.
Post a Comment