Monday, March 11, 2013

Hahahaha

Oh yes. Ini adalah post gigih. Bila mana hang patutnya tidur dan dalam beberapa jam sahaja lagi hidup kau akan dipenuhi perkara perkara duniawi yang sibuk, lantas kau berborak pula dengan diri sendiri meluahkan rasa hati di laman yang jarang dijenguk orang ini. Tapi tak mengapa. Kita menulis untuk meluahkan rasa hati dan jarang pula ingin mencari pengikut. (Tapi, yang mengikuti tu, terima kasihlah. Saya sangat hargai kamu, muahh. Ok over) Dan personally saya rasa ini kesannya apabila hang tidur petang. So bila hang tidoq petang, hang akan lambat tidoq malam. Tengok lah. La dah pukul 2.30 pagi. Oh mengapalah hari ni hari Isninnnnnn?

Ok berhenti jadi gila.

Dilema Dya #1

Sebenarnya hari ni nak cerita pasal perkara yang sering bermain dalam kepala semenjak dua menjak ni. Mengenai dilema gua ah. (Tetiba jadi 'gua' sebab kononnya rock.) Semenjak menginjak (wow rhymes) ke 23, semakin kita sedar kepada tanggungjawab atas dunia, semakin kita sedar kita semakin dewasa. Semakin kita sedar bahawasanya kita dah semakin kurang bergantung dan semakin malas nak susahkan parents kita. Semakin kita sedar yang sebenarnya parents kita juga bergantung pada kita.

Khususnya bab meluahkan perasaan.

Sebagai seorang anak, saya mula sedar bahawasanya saya juga tempat ibu dan abah saya meluah perasaan mereka; tentang segala benda. Tentang kegembiraan mereka, tentang suka, duka, tentang kecil hati mereka, tentang bangganya mereka. Tentang semualah.

Pastu yang paling dilema bila hang kena jadi pengadil kepada mereka tatkala mereka bersengketa.
Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Adohai. Esok dah baik semula. Lulllzz.

Dilema Dya #2

Saya tak pernah suka cartoon characters yang melampau. Atau terlalu suka akan bayi yang melampau. Sebab cartoon satgi time hang tengok la hang suka gila pastu hang tak suka pastu sian kartun sebab dah takda siapa suka. Begitu juga bayi. Comel tatkala kecil ja, bila besaq comelnya nan hado. Tapi saya kalah terhadap watak Agnes dalam filem The Despicable Me. Juga kepada Bakti Arjuna Fitri. Sampai termimpi dol.
Awat comel teghok woi. Kan dah Auntie Dya jadi die-hard fan. Lulz.
(Mana tah dilemanya tohle)

Dilema Dya #3

Dalam hati macam nak ada pacaran, tetapi otak habaq "hang bersedia kah untuk menjadi tipikal kekasih?". Otak juga berkata "Woi kau ni feeling dol." Komitmen pun malas nak tanggung. Bukan takdak yang mencuba namun......

"Jangan berangan lah", kata doppelganger saya.

Dilema Dya #4

Saya selalu dilema sama ada haruskah saya berbuat jahat kepada mereka yang berbuat jahat kepada saya. Ya ini suatu dilema yang remeh tapi gua selalu ada masalah tatkala nak react terhadap suatu perkara yang merobek sanubari. Dan kalau pun nak meluahkan rasa atau menulis atau cuba menulis tweets konon nak marah mesti tak berapa menjadi sebab walau aku menulis dengan penuh rasa marah aku akan padam dan cuba menjadi se-general yang mungkin. Ini sungguh tidak sihat kepada sanubari aku kerana mereka yang berbuat jahat akan berfikiran yang aku ini sungguh lame.

 Atau tidak.

Tapi aku tak lupa kejahatan mereka. Dan itu tak membantu ponz. Lulz.

Dilema Dya #5

Saya sebenarnya awkward dengan orang yang suka puji diri sendiri. Kalau hang memang cekap, komitmen dan kerja yang hang buat bermutu tinggi memang layakla hang diberi pujian. Itu wa tarak hal. Tapi dilema sikit dengan orang yang puji diri mereka cantik atau kacak.

Contohnya:

"Hey, he's not looking at you guys ah, he's looking at me, hahahaha" . Itu contoh dalam perbualan. Atau ada sesetengah yang rajin menulis semula peristiwa seperti :

blablablabla...Dia kata I cute, I taktahu nak cakap apa. -_-" haha

Sumpah ini langsung takde kaitan dengan rasa cemburu. Ramaiiiiiiiii gila manusia dalam dunia ini yang chanteque jua kacak tapi lawak puji diri sendiri memang tak berapa nak kelakar dan orang yang mendengar pasti tak tahu nak buat apa.  Hang nak suruh aku ketawa dan pastu?

Tapi kita pasti dapat beza kalau ada yang betoi2 nak buat lawak poyo puji diri seperti itu. Saya ada juga teman rapat yang sebegitu yang bila dia kata,

"I ni handsome/cun kan?"

Kau boleh EUW setepek muka dia dan gelak tak hengat donia.


**
Bosan lah. Nak tidoq pun takleh.

Esok ada kokurikulum.


Agnes awat hang comei? 




2 comments:

APi said...

menyesal pulk aku pergi baca dari mula sampai habis. merapu je lebih. cis!

Dian N said...

Hahahahaha. Tengok tajuk la pokcik.