***
Memang betullah apa yang dikatakan oleh grumpy cat itu.
Semakin kurang ambil tahu, semakin tenang. Dan hidup Dian semakin hari, semakin....bukanlah gembira, tapi tenang. Tidak setenang air di kali., tapi boleh lah diibaratkan setenang air di kolah yang tidak pernah dikocak.Kalau berkocak pun hanya kerna diusik lidah cicak yang kehausan.
Langsung tak terkesan. Lagipun apalah salah si cicak meneguk secebis air di kolah. Cicak juga kepingin minum dan hidup, kan? Walau haiwan itu yang cuba mengkhianati Nabi.
***
"Dian dah besar, Dian okay."
Setiap kali sebelum tidur dan selepas bangun dia mengucap frasa itu. Dah macam mantera aku tengok. Berbisik-bisik. Ingat orang tak dengar. Agak bongek di situ. Macam bodoh. Macamlah boleh jadi kuat dengan mengulangi ayat yang sama. Bodoh sangat kau. Sia-sia.
Apa kalau suka sangat iklan Calci-yum tu pun takpayah nak buat frasa tu macam doa tidur.
***
Saban hari Dian akan bertemu Zareef. Kalau tidak berhadapan, Dian akan mencari kelibat Zareef. Dian akan renung dan renung sehingga Zareef hilang dari pandangan. Zareef kuat orangnya. Pernah seluar Zareef terkena chewing gum diletak orang di kerusinya dan terkena seluar sekolahnya, Zareef tak kisah. Zareef tak marah. Zareef kuat. Zareef berlari ke tandas dan tadaa, chewing gum dah hilang! Dian kagum dengan Zareef.
"Apa yang berlaku, doa pada Tuhan. Kuasa Tuhan tak terjangkau besarnya, kau tahu. Sangat hebat dan tiada penghujung. Jadi, bila hati kau hilang, kaki kau patah atau bengkok tangan kau, kau doa saja pada Tuhan, tau."
Jadi Dian sedar, dia perlu jadi kuat. Macam Zareef.
Walaupun Dian comot dan tiada berhati,Dian mahu jadi kuat macam Zareef.
Walaupun Dian pernah patah satu kaki, peduli apa. Paling penting, jadi semangat macam Zareef.
Zareef inspirasi Dian sekarang ini.
Zareef yang sudah hilang hatinya.
patah satu kakinya.
sudah bengkok tangannya.
Tapi masih setia pada Tuhannya.
***
"This too, shall pass"

No comments:
Post a Comment