Wednesday, June 12, 2013

Dwi-writers

I owe this zine review to two of my friends, Api and Ariff.
Sorry for this late review.
Maaf juga tak mampu nak reviu setiap satu.

 ***
Dan setiap kali melawat pesta buku alternatif, bahan bacaan yang paling murah, ringan dan bermakna tentulah zine zine yang ditulis dengan penuh emosi oleh para penulis. Kumpulan puisi yang penuh emosi, yang saya kira merupakan satu metafora kehidupan penulis itu sendiri yang disematkan dalam penulisan rasa puisi moden yang pendek dan mudah. Berbanding buku/novel, pada saya zine lebih dekat dengan hati pembaca dan relatable, paling tidak, pembaca dapat sedikit sebanyak menyelami rasa yang cuba disampaikan penulis..............................dan best sekali, ia pendek dan tidak meleret.

Zine Dwi tulisan dua teman saya ini membawa dua watak penulisan yang berbeza dan walau kadangkala ia nampak seperti membawa mood  yang sama, apabila dibaca berulang, pembaca akan mula sedar bahawasanya kedua penulis ini berbeza; gaya bahasa dan rasa.

Apa yang saya suka mengenai kumpulan prosa yang terkumpul dalam zine ini ialah susunan kata yang ditulis oleh Api dapat terus ke jiwa walaupun beliau tidak menggunakan kata kata mewah atau bahasa yang tinggi. Dan yang seronok sekali, ianya bercerita mengenai realiti, jarang jarang manis. Percubaan Ariff menggunakan medium bahasa Inggeris untuk menulis prosanya merupakan satu percubaan yang berani dan saya harus puji idea menggabungkan kedua bahasa utama negara ini dalam satu naskhah yang sama ; langkah bijak. Penceritaan Ariff dapat dilihat jalan ceritanya walau ada langkah langkah yang tempang dalam jalan cerita.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa prosa yang kalau diberi sedikit masa dalam pembikinannya, mampu memberi impak besar kepada pembaca atau dalam erti kata yang lain, tulisan beberapa prosa itu membawa kurang makna. Mungkin tidak sampai pada saya.


Apa pun, prosa Ivan dan Drive mendapat tempat di hati saya. Yeay.

Zine: Ringan pada zahirnya, berat pada isinya.





2 comments:

APi said...

Pendek tapi padu!
Terima kasih Dya. =)

junior_sysco said...

dah cam cikgu pnya refleksi kendiri dah aku baca post ni.. haha