Saturday, July 20, 2013

Dian : Re-grow



Wow bangun tidur, dah senyum senyum.
Malam tadi tidur mimpikan perkara yang indah.
Dian rasa ada secebis daging mula tumbuh di tempat yang seberapa lama dah lohong itu.
Terujanya.
Sangat teruja.

Jarang jarang la ada perkara yang mampu buat Dian seteruja macam hari ini.
Laju Dian berjalan, tersenyum senyum sampai ke kucing pun dia senyum.
Dian petik bunga selit di rambut.
Ajar sepupunya Maths.
Kongsi kegembiraan.

Hari ini hari yang paling dinanti-nanti , lama juga.
Payah untuk beredar dari komitmen, dikata melarikan diri sampai hari ini.
Payah nak cerita apa yang dialami kepada orang, bimbang dikatakan menipu.
Lagipun, berapa banyak dah tohmahan diterima, dah lali. Sampai rasa nak lost dan tak mahu dijumpai lagi.

Tapi bukan hari ini.
Hari ini hari indah.
Dian tak sabar.
Tak sabar
Tak sabar
Tak sabar
Aaa tak sabar.

"Maaf lupa nak bagitahu, saya terlupa nak bagitahu awak, kita tak dapat berjumpa hari ini, what about next time?"

Mujur hati Dian yang baru tumbuh itu walau masih kecil, akarnya kuat.

Ya, Dian baik dan cergas dan hatinya akan tumbuh lagi selagi nyawanya belum berhenti.

Bagi chance lah.




2 comments:

HNKIECRSH said...

I selalu baca blog you tapi U tak selalu update and kadang-kadang tak tahu nak komen macam mana. Termasuk blogpost Dian ni. Nanti tercakap lain pulak susah lerrr. Hahahaha!
Anyway keep it up. :)))

Dian N said...

Hahahahahaha.
Thank you Boii.
Well actually you boleh je tuleh anything. Gittew. Muahaha.

Thankyouu.