1. "Rakyat Malaysia berfikiran terbuka dan berfikiran panjang" cuma satu lagi laungan yang langsung tidak meyakinkan . Most Malaysians masih lagi membuat pembakaran terbuka dan buang sampah di tepi (bukan dalam) tong sampah. Jadi, mana kata-kata yang menyatakan dengan yakin bahawa Muslimin dan Muslimat Malaysia akan tidak terkeliru dengan penggunaan kalimah ini oleh penganut agama lain? Penganut agama lain, daripada dua butir mata saya ini kelihatan lebih patuh (sikap yang perlu dicontohi) kepada ajaran mereka berbanding Muslimin/mah yang lahir dalam Islam sendiri. Tanpa wujudnya isu ini pun, berapa ramai yang sedang terpesong dan melupakan ajaranNya? (Moga mereka sempat bertaubat). Tanya diri sendiri, apa kamu cukup tiang agama 5 kali sehari? Basic.
2. Tak terkeliru? Cuba type di google frasa 'Injil dan Al Quran' dan baca artikel yang keluar. Selamat maju jaya.
3. Dan atas sebab percaya akan diri sendiri yang kononnya berfikiran terbuka, maka ramailah anak Muslim yang menyokong gerakan LGBT atas alasan kebebasan hak asasi manusia, dan mengaku mereka juga sedang (insyaAllahh sempat bertaubat) berada dalam golongan yang serupa. Apabila ditegur, segelintir menyatakan kata dalam AlQuran menyuruh kita umatnya supaya berfikir. Jadi setelah berfikir dan membuat keputusan, mereka berjaya mencapai kebahagiaan (dunia). Apa yang merunsingkan saya adalah apakah kita semua tidak membaca kisah Nabi Lut, atau terlupa? Terlupa juga kah bahawasanya manusia ini dijadikan secara berpasangan yang mengikut fitrah? Yang Hawa itu tulang rusuk Adam? Rusuk sama rusuk, mana bisa bercantum jika bukan di dada Adam.
3. Kaitannya, jangan lupakan batas agama apabila mempertahankan hak duniawi. Tiada agama di atas muka bumi ini yang membenarkan perlakuan homoseksual (dan lain-lain perkara yang membawa kemudaratan). Dah, datang dari mana budaya ini? Benar, perasaan tertarik kepada seseorang sejantina itu ada, tetapi mengapa semakin hari semakin ramai yang bangga akannya? Iman di dada jangan di letak di belakang jiwa, ia harus selari. Benar, kita boleh mencari ilmu supaya kita tak terkeliru dengan penggunaan majmuk suatu kalimah, tapi berapa ramai daripada kita ni yang mencari ilmu itu?
Senang cerita, berapa ramai yang hafal Asma-ul-Husna dan ertinya?
Wallahualam.
Semoga kita diberkati Allah sentiasa.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment