Monday, November 24, 2014

Hiro.

Aku cepat penat dengan perkara yang mendesak. Wah kelasnya ayat.
Jadi tak mustahillah kalau masa belajar hari tu agak banyak juga benda yang aku belajar dan rasa lepas tu berhenti sebab jumpa sesuatu yang lebih menarik hati. Kalau fikir balik, mungkin masa tu bukan sebab bosan, tapi sebab benda yang baru tu lebih best (dan senang) untuk dibuat. Mungkin juga sebab aku nak perubahan. Waaupun perubahan tu macam tahi menyusahkan aku lepas tu. HAHA nokhorom, dasar betul. 

Contohnya persatuan pelajar. Memula jadi ahli. Pastu macam eh susahlah jadi ahli sebab kena attend shiz. Lagi best kalau kau organize shiz. So next term tiba tiba upgrade jadi Secretary tapi macam eh susah jugak sebab banyak paperworks so next term jadi Vice P. Letop ke idak, main arah arah sajoh? 
Lepas tu enjoy attend benda yang best. Tapi penat. 

Tiba tiba eh bestnya backpack lepastu buat perangai konon independent pergi backpack huru hara sana sini. Lepas tu broke, lepastu part time DJ kat radio. Pastu join teater sebab teater syok. Nasib baik grad dengan jayanya (walaupun tak hebat mana). Buruknya perangai kau. 

Tapi bila dah bekerja, macam kau tak boleh pilih. Kau kena buat. Benda ni so annoying. Sebab semakin banyak orang tahu kelebihan kau bermaksud semakin banyak benda orang suruh kau buat. Memula macam excited, lepas tu kau akan wo wo wo my plate is full dol. zzz benci ah cemni awurk. 

Atas dasar pelbagai perkara yang cerdik (dan kurang cerdik) yang berjaya aku touched semasa zaman pramatang aku, maka aku diberi kelebihan untuk mengenal pelbagai jenis manusia yang bila aku rasa kalau aku cerita kat kau, mesti kau macam "Ek ena, macam tipu" atau kau akan fikir aku mereka-reka cerita. Padahal itu cerita benar ya rabbi rabbi. 

Jadi, semakin lama semakin hari, pandangan orang terhadap aku (dan orang lain), aku malas nak ambil kira (walhal aku boleh detect hahaha sebab aku kan hebat hahahahmatilah).  Bila orang mula berkata sesuatu atau cuba memulakan sesi perbincangan aku malas nak ambil peduli. Sebab memang manusia ni mulut dia bercakap, hujung pangkal cerita pun tak tahu, pun masih bercakap. Nak kutuk, kutuk lah. nak komen, komen ler. Kau punya mulut kau punya suka lah nak cakap apa, terlajak kata tak boleh diundur, pandai pandai kau ler nak selamatkan tengkuk kau daripada tercekik madah sendiri.

Padan muka kita semua, saling kata mengata (walaupun tak selalu) 

Lainkali, cuba ambil pendekatan bersemuka. Kan boleh menyusun kata, chewah. 

HAHAHAHAHAHAkenapaketawa.




No comments: