Aku selalu rasa lagu sedih lebih sedap berbanding lagu lagu happy, mungkin sebab masa dulu dan sekarang ni aku asyik diselubungi kesedihan je kan, cewah, no but I'm talking the truth. Dan ila lagu lagu sedih ni aku discover, aku akan excited. Aku akan suruh best friends aku dengar, colleagues dengar sebab barang baik harus dikongsi, kan. Aku selalu rasa lagu yang sedih ni lebih reflect kepada realiti dan very soulful dan selalunya buat aku berfikir dan cuba untuk relate dengan orang orang atau benda benda atau memori suatu masa dulu. Oh so melancholy.
Aku baru download Adele's 25 sebenarnya dan aku rasa album ni sangat best and a true masterpiece lah sebab aku suka semua lagu dia. Lagi hebat berbanding Born To Die dan UltraViolence by Lana Del Rey atau Head or Heart oleh Christina Perri. Dan all these singers tak perlu pun nak buat MV yang mega noya to sell their songs y'know. Adele would just stand with a mic in her hand and boom, letop! Well not that I'm saying artists yang ada MV mega noya tu tak bagus, no but y'know lah, sometimes less is more. And more in this context would be the emotion one singer could deliver to the listeners. LDR for example, suara macam tu pun punyalah sedih lahai.
Aku rasa Adele ni kelakar orangnya walaupun setengah orang mungkin tak suka cara dia layan fans dan dia macam agak kekwat but she's a queen kot dan dia popular ya amat.
By the way, lagu ni best.
#2
Tak berapa lama dahulu, aku selalu melukis. Usually pemandangan. Parents aku akan hantar aku ke kelas lukisan dan framekan semua hasil lukisan biasa-biasa aku tu kat dalam bilik aku. As a sign of commemoration, kot. So masa SPM aku fefeeling lah nak ambil additional subject Pendidikan Seni Visual. Rupanya susah macam nak gila so tak jadi ambil. Dan rupanya aku lebih minat cabang seni lain macam menyanyi tapi suara takdelah sedap sangat dan aku pun meninggalkan bidang seni lukis dan seni warna tapi tidak nyanyian seab aku suka berkaraoke.
Tapi beberapa minggu lepas, bila aktiviti mewarna tu tiba tiba in-trend semula, aku pun dihadiahkan oleh rakan sekerja yang rapat sebuah buku mewarna siap dengan pensel warna Faber Castell 48 batang lagi.
Wow sangat. So aku pun mula lah aktiviti tu, peminat mula menyelubungi diriku lol. Mana ada. Rupanya pensel warna yang pelbagai ni memang menarik semua orang rupanya, people keep coming and checking me out whether aku tengah mewarna ke tak. Gila ke, dah lah kat sini orang suka complain, ada hati nak mewarna? So usually aku akan mewarna masa lunch hour, atau masa dah habis office hours.
Tapi, tak macam masa kau kecil, kau punya awareness untuk hasil kerja kau kelihatan lawa tu sebenarnya amat mendesak dan stressful rupanya. So untuk seekor ikan itu diwarnakan dengan baik, ianya mengambil masa yang lama, dan tak siap pun lagi, just because.
Tapi dia sangat sweet bila ada staff staff lain yang akan datang, nak tengok your progress dan bagi kau semangat untuk terus mewarna dan diorang tak kisah pun benda tu elok ke tak. They just want to see you hold and move on.
No comments:
Post a Comment