Hari ini saya bangkit dan tampil dengan kaki yang capik dan terhencot hencot akibat buat #2kerja (sehingga hari ini dah seminggu sebenarnya) ini ditambah dengan berita bahawa biasiswa JPA dan MARA diberhentikan atas alasan ingin mengurangkan kos perbelanjaan negara yang tergugat dek ekonomi yang terumbang ambing-- tiada duit, miskin.
Sebenarnya, acap kali saya ingin menutup mata atas isu isu negara. Saya sering fikir bahawa isu isu ini teralu rumit untuk belia seperti saya ambil tahu. Sungguh ia bertentangan dengan diri saya sebagai pendebat suatu masa dahulu. Tapi, isu ini isu besar dan saya berkemungkinan akan menjadi murung jika saya berdiam diri dan cuba menjadi ignorant dan oblivious seolah olah ianya tidak melibatkan saya dan generasi saya dan yang lainnya.
Saya ke tempat kerja, cuba berbual dengan rakan serumah panjang (sebab memang panjang pejabat kami ni). Ternyata, kami semua merasa tekanannya. Saya ada adik perempuan yang kini 14 tahun, yang masa depan pendidikannya masih kelabu. Jika biasiswa dan pinjaman ini dihentikan maka peluang pendidikan juga sudah menjadi privelege -- hanya yang kaya akan menikmatinya sedangkan ramai yang masih berada di paras sosioekonomi sederhana. Orang kaya yang pandai belaka, orang sederhana dan miskin terus miskin, tiada peluang untuk menaiktaraf status ekonomi keluarga. Sadisnya.
Ternyata bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pentadbirannya caca merba. 20.3b diperuntukkan untuk PMO? (rujuk ucapan bajet 2016) Pelbagai jawatankuasa dibentuk atas tujuan yang tidak pasti. Peningkatan tol, pengangkutan awam, GST yang langsung tidak membantu sungguh mengecewakan.
Benar, harga minyak global telah turun. Jika ianya USD140+ setong pada tahun 2014, hari ini cuma USD27+ setong. Memang memberi kesan secara global. Tapi, hari ini kecoh lagi tentang PM yang berbelanja 3mil dengan kredit card di luar negara. Seronok betul jadi beliau. 3mil tu beli apa agaknya? Teringin juga saya nak tahu.
"Government is too obsessed with deficit target and giving too much respect to rating agencies. at whose expense? households, students, youth"
Bagaimana boleh saya contribute dalam hal ini, saya juga tidak pasti. Ramai yang kata sudah masa kita tukar pemimpin. Tak sabar juga saya mengundi. Mungkin dah sampai masa belia beraksi.
May Allah bless us.
Good luck Malaysians.
Dya x
No comments:
Post a Comment