Wednesday, October 13, 2010

As time flies.

Kerana dalam hati tiada siapa yang tahu. Kerana dalam kata, tiada siapa yang tahu mana benarnya. Kerana dalam tawa, tiada siapa tahu ada duka. Jadi kanak kanak seronok. Boleh cakap apa saja tanpa perlu memikirkan apa apa. Dan apa yang dikatakan nya itu benar. Tiada tipu. Kalau kawan nya berisi, dikatanya gemuk. Kalau kawan nya comot, dikatanya kotor. seronok hidup jadi kanak kanak. Ada orang jaga, ada orang ambil tahu. Dari sudut itu lah. Dari sudut lain, seronok pula jadi dewasa, mampu membuat keputusan sendiri, mampu bezakan baik dan buruk, mampu berdikari. Ada rasa suka, ada rasa cinta. Hurm. Tapi sakit juga, kadangkala, apa yang diharap tiada kesampaian. Apa yang dijalan tidak berjalan, apa yang di mahu tidak didapat. Masa masih berlalu. Setiap detik. Beberapa bulan lagi umur bakal bertambah. tiada lagi dua puluh. Ditambah kata satu dibelakangnya, menjadi dua-puluh-SATU. Besar. Dewasa. Bukan remaja, bukan kanak kanak. Sudah perlu mengundi, boleh memohon kad kredit, boleh tinggal bersendiri. Boleh kahwin :P

Haish. Nak menyesal memang tak mampu lah. Mana bisa masa diundur semula. Semua akan bertambah. Dari 21, jadi 22, dan seterusnya. Belum lagi dah berkeluarga, ada kerjaya punya cahaya mata.. Ah! Tak dapat bayangkan :) Haha. Mesti hidup berbeza.

So, apa pointnya? Tiada.

***

p.s: Belum bersedia ke alam dewasa, serious.



love ♥

No comments: