Sunday, October 10, 2010

Epilog pinggiran jalan.

Dalam bas ada seorang makcik. Orang Terengganu. Khabarnya mahu ke Shah Alam sebab anaknya bersalin. Bayi ke-3. Lembut je suaranya. 


Sembang dan borak. Layan punya layan, makcik ceritakan kisah hidupnya dengan anak anak, menantu, cucu cucu. Sempat pula dia bertanya, ke Shah Alam untuk apa? Heh, makcik ni. Gosip juga dia rupanya. cucunya yang darjah 5 begini, anaknya yang ke 4 begitu. Tiada yang benar benar di beri tumpuan. Hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tiba tiba dia berkata,


" Susah anak anak ni, apa yang kita kata bukan nya semua dia nak dengar, degillll aja. Tengok, kalau kata kita tak didengarnya, kan susah begini."


lepas tu dia termenung. Berkaca-kaca juga lah matanya.




Gulp.


p.s :  Terasa degil tiba tiba.



love ♥

No comments: