Sunday, October 10, 2010

Nota pinggiran jalan.

Orang yang mendengar alunan lagu tiada sama perasaannya dengar orang yang bermain lagu dan menyayikannya sendiri. Lain rasanya, lain keadaannya.

Tinggalkan segala kontang kanting, katil bersepah, buku tak kemas di Shah Alam,pulang ke rumah. Home sweet home. Walau kalau dihitung, berapa sangat la masa yang benar2 ter-spent dgn berfaedahnya. Cheh. Makan, tengok tv, online kejap, gaduh dengan adik. tidur. Berbincang. Itu point dia.

Sempat ke rumah kawan semasa tadika. Sudah berhenti belajar, mahu kerja katanya. Datang pula emaknya meminta dipujukkan anaknya supaya sambung belajar semula. Payah ni, bukan major saya pujuk memujuk. Tapi tak apalah, mungkin boleh cuba. Haish.

Hari ini, bangun. sarapan. Bersiap dan woosh ke stesen bas. Ya, tahniah, bas tayar pulak pancit. Jadi merempat di tepi jalan dan menulis entry ini.

Syabas.

p.s : Shah Alam, nantikan aku.*haha.

love♥

No comments: