Wednesday, November 3, 2010



Dia bukan akan selalu hebat. Dia selalu mahu orang jadi kuat, jadi hebat, tak mudah mengalah sebab dia tahu tidak ada yang menyeronokkan bila kamu lemah dan selalu dalam kesedihan. Kamu tahu kan, kamu mesti tahu sebab dia selalu nya akan selalu nampak gembira. Dalam apa jua keadaan. Sebenarnya, dia bukannya selalu gembira, dalam hati dia ada banyak benda yang bersimpul, yang dia pun tak mahu cuba untuk buka mulut atau fikirkan sekalipun.  Dia macam laut, walau pada dasarnya ada pelbagai benda. Sebab dia tak mahu tahu, tak mahu cuba ingat pun, dan cara untuk dia cuba untuk melupakan  semua perkara itu adalah dengan berbadminton. Atau main gitar. Atau menari. 

Tapi, segembira gembira dia, suatu hari dia tidak kuat lagi. Dia diduga dengan pelbagai benda dan musibah.  Macam macam perkara menimpanya. Kematian, kehilangan dan gangguan. Ya, dia tahu dia tak minta semua tu berlaku padanya tapi dia cuba untuk mengawal dengan cuba untuk bergembira seperti biasa , tapi malangnya dia pun manusia juga. Hari ini bukan hari seronok untuk dia, dia breakdown penuh kecewa.

Tak apalah, dia cepat sembuh. Makan Oreo sudah buat dia gembira.

Main gitar lagu Dynamite lagi seronok. Bye.

love,
DyaJ.
xoxo

No comments: