Monday, November 1, 2010

Sebiji Sebuah bakul boleh memuatkan pelbagai barang. Boleh letak bola, boleh letak tali, boleh letak torchlight, pengepit kuku, waima sebiji lagi bakul yang lebih kecil saiznya. Kira hebatla bakul ni, semua benda dia boleh terima. Tapi semakin lama, semakin banyak yang diletakkan di dalamnya. Siap ada charger handphone dan juga sepit baju. Apalah daya sebiji sebuah bakul, maka terkeluar lah isinya bila semakin banyak harta karun yang disumbat kedalamnya. Akhir sekali, bakul itu pun pecah patah

Tapi kita bukan bakul. Kita ciptaan Tuhan terhebat. Kita khalifah di muka bumi. Darjat kita tinggi, masakan kita boleh mengalah bila kita jatuh berkali-kali, dilukakan berulang ulang. Kesedihan is inevitable. Aging juga *okay tibatiba tapi kita kena kuat. Keberanian kena distabilkan dengan ketakutan. Gembira kena distabilkan dengan duka. Tapi susah kan, sangat susah. Bila bermasalah, belum tentu kita mampu nak selesaikan. Tambahan lagi jika bermasalah dengan khalifah khalifah yang lain. Belum tentu mampu mendongak ke wajahnya dan membuakkan kata. Masalah dengan diri sendiri juga tiada akhirnya. *sigh. 

Tali yang tersimpul, kalau diuntai dengan perlahan, pasti akan terurai. Cuma masa yang diperlukan. Masa yang cukup ditampung dengan kesabaran.

Life lingers around feelings and emotions.

p.s : Kita bukan bakul, ingat tu.

*apesal taleh upload gambau neh?


love ♥

No comments: