Wednesday, March 2, 2011

#agoni


Dan memang moving on itu terlalu sukar sampai malam tak jadi malam, bersengkang mata groogroo macam burung hantu yang kepatahan sayap lagaknya pabila dihentam badai gelora yang buat hati dan otak sentap gilagila punya. 


Sayang seribu kali sayang. 


***


Sudah berapa kali dia cuba mencorak garis senyum di pipi. Berjuta. 


Sayang seribu kali sayang lagi, tiada yang mengerti semuanya cuma mahu masuk bakul angkat sendiri dan berlari membawa sebesar mana bakul yang mampu di angkat tangan sendiri, bawa dan pikul ke serata alam agar semua perkara boleh dibawa masuk ke dalam nya, tinggi muatannya, semakin berat ia menjadi. 


Tinggal dia, tanpa bakul kerana terlalu miskin sehingga menitis air matanya pun dijilat buat penghilang dahaga yang muncul di terik bahang mentari. Kasihan. dan agoni.


***


Dan otak yang berputar setiap kali mata tertancap pada bait bait kata indah yang hanya dilakar di khayalnya minda membuat matanya kelam dengan lantas kabur tidak mampu menatap kaftan biru tersarung di sosok tubuh yang terperuk di sudut yang sekali dijangkau mata tidak kesampaian.


Dan katanya tiada duka yang mampu menjentik walau sekelumit ruang di hatinya kerana dirasakan hatinya itu cukup kebal.


Cheh, tapi yang taptaptap dari kelopak mata tu apa?


***
Dan setiap kali rasa sayu pilu menjenguk ruang hati yang lohong, meja hitam menjadi peneman, mesin taip menjadi pendengar dan nescafe o penghilang dahaga. 


" Kebal itu tiada dan ini bukan mimpi."


diikuti dengan bunyi hingus disedut dalam dalam. Cukup agoni.




love♥
dyaJ

No comments: