Wednesday, March 2, 2011

#Selfnote.

Ya hari ini aku harap hari kau baik baik saja dan berjalan dengan lancarnya, selancar air mengalir dari laut ke sungai. Dan aku harap detik detik indah kau dapat sematkan dalam album gembira kau. Kelak kau boleh buka dan belek belek semula saat kau berduka. Dan pada setiap permasalahan yang kau timbulkan pasti ada jalan penyelesaian, tapi kau kena bersabar, gunakan sehabis daya kerana di akhir hari nanti keputusannya akan memuaskan hati. Dan kau mungkin gusar dengan apa jua yang berlaku, tentang persoalan yang mana jawapannya mungkin tidak langsung berpaling terhadap kau. Terus pergi dan biarkan kau sendiri, berbekalkan sedikit usaha dan yakin pada diri. Tapi aku tahu, dan aku harap kau juga tahu, yang aku disini pasti kau akan memilih jalan yang pasti, yang kelak menguntungkan kau. Walau mengambil sedikit masa.


Aku tau la bukan setiap hari kau okay sentiasa, tapi tabahlah wahai awek. Buka tingkap, pandang luar dan ambil nafas dalam dalam. 




*inhale,exhale.

No comments: