Cakap banyak tak guna bai.
Tapi sayacuma nak kata , awak, kalau layan kawan, layan elok elok. Sebab kawan dengan bukan kawan ada banyak beza. Kawan knows more about you. He/she spends a lot of time with you, and stuff. So bagila layanan yang munasabah untuk dirinya. Sebab awak manusia, dia juga manusia, tambah lagi dia kawan awak. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kawan awak ada perasaan, otak hati, mata sama seperti awak. Senang cerita macam ni, kalau awak duduk tempat dia dan awak juga dilayan sebegitu rupa, awak akan rasa apa sahaja yang dia akan rasa. Cumanya kali ini dia rasa sedih. Sedih sekali.
Come on lah, walau apa pun masalahnya pasti ada jalan penyelesaian. Turunkan ego atau apa saja yang awak panggil dan berbincang sewajarnya. Jangan cuba mengguris hati manusia sebab manusia ada kesabarannya.
Seperti span yang akan menyerap walau segayung air dituang tapi bila sudah penuh, dia akan de-absorb. Setiap titis akan keluar dan sudah tiada fungsi.
Saya menulis dengan akal yang waras, hati yang tenang. Walau sedalam mana pun luka terguris, sebanyak mana air mata mengalir. Saya bercakap sejujurnya. Telus, bukan masalah sangat, saya cuma minta layanan yang baik.
Yang tidak mengguris, yang tidak membuat sakit.
Sebab persahabatan adalah istimewa. Dan layanan untuk kamu sebagai kawan adalah berbeza dengan mereka yang bukan.
Tak banyak yang saya minta. Tapi tak apa, mungkin akan ada yang berkata, hei melampaunya permintaan kau, manusia adalah sama tiada beza. Jangan beriya.
Tapi fikir semula, kamu akan layan boyfriend/girlfriend kamu macam kamu layan jiran kamu ke? This is mutual man. Kalau awak taknak dilayan sebegitu, awak ingat dia nak ke?
Fikir balik macamana kamu layan kawan kamu dan renung-renungkan. Tak mintak banyak pun.
Whatever.Ciao.
![]() |
Akar saya masih teguh. walau daun tiada lagi. Pic credit to Gugel. |
p.s: Sorry lah takde kata penutup.
love♥
dyaJ
1 comment:
true friends are just rare nowadays. It's sometime hard to know who you can trust.
Post a Comment