Monday, July 11, 2011

Hilang bisik, ini bersuara lantang.

Maaf tiada gambar di entri kali ini.


Warning : This is a serious post.


I rarely talked about politics because there's nothing i could comment because i don't really want to involve in it. Maybe i should not reacted that way sebab i am one of the latest generation kan, why should i ignore all these? This is about my country, tanah tumpah darahku and ignorance is not the solution. So, when these people are busy talking about these BERSIH shizz and stuff, i started to read things and try to at least get some updates. 


From my readings, i guess i started to know about this Dato' Ambiga. And dia adalah pendokong utama sistem pluralisme. What the flabber is pluralism, you may ask? Pluralism is  when a form of society in which the member of minority groups maintain their independent cultural traditions. 



Dia adalah bekas Presiden Majlis Peguam yang menerima memorandum Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pd Ogos 2001. Not so long ago, huh. Okay, so sekarang mari kita lihat apa tuntutan IFC :


TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Come on baby. Malaysia adalah negara yang majoritinya beragama Islam dan mengamalkan sistem perlembagaan. Agama Islam agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan. We have churches, temples, everywhere in the country. Kita tak halang penduduk agama lain mengamalkan budaya dan amalan agama mereka, tetapi mengapa perlu ada yang menentang sebegini rupa terhadap agama kita? Ada orang kita pergi minta tuntutan supaya bayi yang dilahirkan oleh mereka yang bukan Islam disuruh menjadi Islam? Ada?


Okay, that is one thing. The next thing is dia pendokong utama demonstrasi Bersih. She created the Bersih thingy. What is this Bersih all about? Apa tuntutan dia?


Tuntutan BERSIH :


1. Membersihkan senarai pengundi
2. Memperbaharui sistem undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Tempoh berkempen minimum 21 hari
5. Akses media yang adil dan telus
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor


Sounds good. Cadangan yang menarik, mungkin selama ini apa yang dituntut sudah terlalu lama dipendam lantas menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Itu saya faham. Kerajaan mungkin ada salahnya, semua ada salahnya.Tetapi mengapa perlu demonstrasi? di jalanan? Mengapa Ambiga mengajak orang berkumpul dan berarak? Untuk apa? 


Jangan tanya apa negara bagi untuk kamu, tanya apa kamu dah bagi kat negara. Wang pinjaman diambil tetapi disuruh berkhidmat di tanah air tak mahu. Pinjaman pelajaran tidak dibayar. Subsidi dan semuanya kemudahan diberi.Malaysia bukan Thailand, dan jangan pernah jadikan ia seperti Thailand. Mengapa tidak berfikir? Mengapa tidak mengkaji sebelum melakukan tindakan? kenal siapa ketua kamu, kenal siapa pengikut kamu. Yang salah jangan diikut, yang benar ditegakkan. Ada cara atas semua permasalahan. Kenapa ini pulak jadinya wey? And those new generations, wake up la, stop being ignorant. It's our time now, y'know.


Pak Jib pun, do lah something. 


Bro, kalau lu tak suka, nanti bila undi lu pangkah la apa yang lu nak bro. Itu cara rakyat bersuara. 


Demokrasi, bukan demonstrasi.




love ♥
dyaJ

2 comments:

HafizahZ said...

Cara kita nampak this problem saya Dya. Itulah semua orang nak berpihak sana dan sini. Kalau kita duduk diam tak bersuara kita akan mampu tengok, observe, dengar dan menimbang dgn waras.

Btw, Ambiga bekerja bawah Anuar Ibrahim. That is a fact.

HafizahZ said...

Psst #typo. I mean cara kita nampak this problem SAMA...