Friday, March 20, 2015

Oui, vous le pouvez

"Kalau dalam 6 tahun lagi kita masih begini, you tahu apa yang kita kena buat"
"Deal?"
"Deal"
Dan kita berborak panjang gila nak mam kut pasal deal itu. Memang rasa nak terberanak, in fact I menggeletar ya, semasa kita berbincang mengenai cadangan aneh tapi tak mustahil itu. Dah lah diselangi ketawa ketawa. Tapi lagi aneh bila you pun setuju. Rerintik peluh betina I keluar lagi laju daripada biasa. Tapi dalam rasa aneh terkejut nak terberanak menggeletar tu, mampu pula kita sembang panjang lagi. Hebat betul. Selesa betul kita antara satu sama lain. Selesa sangat. Selesa sampai mampu mencapai kata sepakat. Siap boleh berbincang dan merancang.

"Daebak!" kata hati I. Pengaruh RunningMan semua ni. Setiap expressions, keluhan, terkejut, waima kagum pun tiba-tiba nak guna aksara Korea. Apa yang nak daebak sangat pun taktau, omo. Daebak pun tak tahu maksud sebenar dan kegunaan dia apa sebenarnya. Cari definition pun tak, apatah lagi nak semak kamus pelbagai bahasa. Guna pun atas dasar baca sarikata masa tengok variety show tu. Cheh. Dasar perempuan jomblo mudah terpengaruh dengan media massa dan elektronik.

I tahu, yang you pun tahu bahawa permasalahan you akan berulang. In fact, ianya ibarat satu gelung yang terapung, dan selagi ia berulang, walau dengan pembolehubah dimanipulasi yang berlainan setiap kali, ianya akan berputar dan terapung di paksi yang sama. Berulang ulang ulang ulang, berputar dan terapung di paksi yang sama, ke mana saja you pergi. Persoalannya amat mudah, bagaimana untuk kita berdua membantu you (dan I, tapi mari kita tumpukan pada you saja lah sebab you punya isu lebih rumit dan berpanjangan) supaya ianya tidak lagi sedemikian rupa, selama-lamanya.

Jadi, selepas beberapa purnama (kehkehkeh hiperbola), I berpendapat bahawa perkara yang menganggu konsentrasi you, khususnya ini, harus ditangani dengan perkembangan yang drastik dan pantas antara you dengan pembolehubah itu. Ingat tak bila I kata I juga berada di fasa yang sama suatu masa lalu tapi sudah hilang momentum tika ini? Ya, itulah yang you perlu lakukan. Beli masa, curi masa, tingkatkan usaha, jatuhkan penghalang, buat apa saja. Sekurang-kurangnya ia memberi keseronokan dan kebahagian, tak begitu?
Cubalah. Cuba, dan jangan terlalu fikirkan kesannya.

Pendapat I pada hal ini mudah dan ya, berulang. Isu ini pada I akan berlalu juga bila tiba masanya. Tapi, sehingga ianya berlalu ditiup arus pemodenan dunia tanpa sempadan, you I jangka akan berkeadaan begini agak lama. Dah lah lama, ada after-effect pulak tu. After-effect pun lama. Risau I you jadi tua tanpa disedari sebab asyik membilang duka.

Jadi, ya.
Begitulah ya pada hemat saya, manusia yang hina dina, rakyat marhaen negara Malaysia. I tak suka lah lihat you gundah, sendiri. Tak berbaloi. Tak lawa.

Tak paham, DM. Jangan komen di sini.

Deal 6 tahun lagi tu, kira on lah ya. Agak-agak ada masalah mendatang, kita bincang lain. 파이팅! Eh

No comments: