Aku rasa benda paling susah dalam dunia adalah untuk mencari orang yang betul-betul mencintai kamu apabila kamu mencintai dia. Masalah lagi bertambah apabila kau pun bukannya pasti sebenarnya rasa cinta tu apa sebenarnya. Orang kata (tak, sebenarnya aku baca di mana entah) kalau kita masih teringat terbayang ada rasa suka, asyik stalk, care kat orang tersebut lebih daripada 3 bulan bermaksud kita cinta akan orang tersebut. Masalahnya lagi, sebagai seorang yang realis, aku merasakan bahawa sebenarnya perkara itu sangat rapuh dan tidak semestinya tepat. Terutamanya pabila adanya perubahan dalam perbuatan yang dilakukan oleh si dia (dear?LOL). Orang pula kata, jangan percaya dengan kata-kata, percaya lah pada perbuatan. Dah tu, kalau dulu kita mampu berborak panjang sehingga matahari muncul lagi, tapi sekarang tidak lagi itu, apa namanya pula sebenarnya? Too comfortable ke? Hello, kau fikir orang bercinta je ke yang bergayut 3-4 jam? Hello, I gayut with my friend paling lama 7-9 jam okay.
Apa sebenarnya, kita ini memang mudah atau cepat berasa bosan atas sesuatu ke? Atau sebenarnya you dah tak mahu berkawan dengan I lagi?
Rupanya, orang kata (ah, kata orang lagi)..tak, sebenarnya, nak faham lelaki lebih payah berbanding perempuan. Yang media massa semua dok gebang BBNU semua ni semuanya seolah-olah nak salahkan perempuan pula yang kononnya rumit dan payah difahami. Masalahnya, aku rasa lelaki lagi lah payah nak difahami. Aku kalau rindu, aku kata je lah rindu. Tapi kalau lelaki, hek eleh. Okay fine, ada ego, tapi kalau kau cakap rindu juga tu muka kau terpalit nista ke? Kalau tak rindu, cakap saja lah tak rindu. Payah? Jawapannya ya, payah. Sebab lelaki fikir, jika mereka kata begitu, maka perempuan akan kecewa.
Memang kecewa pun tapi at least, kau bagitahu perkara sebenar ye dak?
Khaled Hosseini once wrote in his book, "It is better to be hurt by truth than comforted with lies".
Lepas tu, lagi satu, situasi aneh pabila orang tanya keadaan semasa.
Jawapannya okay je memanjang.
"You okay tak?"
"Okay je"
" How's everything going on?"
"Okay je"
"Your studies, and all?"
"Okay"
Maka natijahnya, aku akan tanya lah soalan bongok dan annoying seperti,
"You marah I ey?"
Kau rasa jawapannya apa?
"Mana ada, I okay je"
Rumit lah, rumit.
I asked because I care. Kalau you tak okay, bagitahulah tak okay, at least we could solve it together. Or I would be able to lend you ears, or shoulders, or opinions (or heart HAHAHAHA). Tapi ya lah, itu pun kalau you nak. Kalau tak nak, jangan lah. I bukannya ada sensor (walaupun sebenarnya boleh nampak) untuk tahu you okay atau tidak.
Haiz.
But anyway, I appreciate friendship more than (love) relationship.
Sebab masa aku sorang sorang dulu, yang datang tolong jaga booth aku, kawan,yang ambil aku kat hospital masa Asasi, pun kawan, yang hantar poskad kat aku walau beribu batu jauhnya, besfwenz. Yang duduk bawah pokok dengan aku dan dengar aku punya rasa hati pun, besfwenz. Yang aku cari masa tengah berduka lara dekat Ipoh ni pun, close fwenz. Kebanyakan masa aku pun dikelilingi good friends, walaupun jumlah mereka takdelah sebatalion. Jadi, macamana tu?
Yes.
I asked, because I care.
Because I careeee (shout)
No comments:
Post a Comment