Monday, July 6, 2015

Amarah.

Jikalau bisa diukur tahap kemarahan saya, sudah pasti penyangak tua yang mencabar kesabaran saya sudah saya tendang di mana mana anggota tubuhnya. Agar bisa dia merasakan betapa sakitnya saya diperlakukan sedemikian rupa tanpa henti. Sehingga dia merayu agar saya berhenti. Agar dia bisa memperbaiki kata katanya.

Begini ceritanya.

Si tua ini nampaknya sudah memegang jawatan yang paling tinggi di organisasi tempat saya mencari ilmu dan rezeki; menggantikan ketua yang cedera akibat dibelah kepalanya untuk mengeluarkan bendasing. Sebelum si ketua jatuh sakit, dia sebelum ini telah mengadakan satu perjumpaan rahsia, untuk mencari kebenaran atas kata kata umat lain yang tidak gemarkan si tua jahat. Bukan omong kosong. Memang yang jahat amat jahat. Tidak menunjukkan ciri sudah mendapat yang mabrur. Birokrasi, diktator.  Seperti biasa, janji bahawa tiada yang akan bersuara kepada selain yang berada di perjumpaan cumalah janji munafik yang sepatutnya saya sudah jangka. Si tua yang angkuh telah mengetahui butir bicara. Nampak sangat dalangnya dari dalam. Lantas si tua memulakan langkah syaitannya untuk menyingkirkan umat yang berasa di perjumpaan rahsia yang dia teka-teka menentang dia.  Cuma dua menjadi sasarannya--salah satunya, saya.

Jawatan di jawatankuasa yang dipegang saya bukan saya minta. Setiap hari saya berfikiran positif untuk meneraju jawatan yang agak penting ini, penting untuk organisasi. Ah si tua dangkal ini melulu ingin mengeluarkan saya dari jawatankuasa dengan cara yang amat jijik sekali. Yang jika ditimbal dengan akal muda saya, boleh saja saya ketawakan dia. Caranya?  Mengadakan suatu mesyuarat formal tanpa menjemput saya yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa induk. Malah, dicanangkan di merata, sudah punya nama untuk menggantikan saya. Kalau tak.mahu, katakan saja secara profesional,  keluarkan saja kenyataan rasmi yang saya nanti-nantikan sejak jawatan itu di tulus di bawah nama saya. Tak usah main kotor. Tak manis, tak elok dengan usia.

Aduh.
Dangkalnya perilaku sang tua angkuh.
Sakit jiwa saya mengenangnya. Sering saya terfikir, mengapa saya kisah? Mati ke?
Mengapa saya peduli? Tak boleh lari dari rasa peduli, kerana saya anggota muda. Anggota yang masih dinilai prestasinya . Anggota biasa-biasa.

Wallahi, tidak pernah saya inginkan jawatan di jawatankuasa yang remeh ini. Tapi tidak pula saya sangka dalam pada nama berpangkat sudah tawaf Kaabah 7 pusingan, masih bermain permainan kotor ini, langsung tidak beretika, profesional jauh sekali.

Sungguh. Usia tidak mencerminkan keperibadian, kematangan mahupun kebijaksanaan.  Perasaan saya berbaur. Marah sebenarnya. Runsing dan melemaskan. Tapi tidak mengapa. Dunia ini berputar. Kuasa Tuhan masih saya tanamkan dalam dalam di jiwa yang ianya maha adil dan saksama. Cuma terkadang saya tidak kuat. Saya lemah, jiwa saya rapuh.  Tapi belum setitis pun lagi yang pernah jatuh angkara ini.

Doakan saya agar tidak dibakar kemarahan.
Rasa nak mencarut tapi carutan tidak menyelesaikan masalah.

LOL.

Babi betul.

No comments: