"Woi Khal. Aku tahu dah awek mana yang kau suka!"
"Sudahlah, tak mungkin kau tahu. Aku tak cerita kat sesiapa pun der"
Dian mencebik. Tak mungkin Jay menipunya.
"Alah Khal, kalau kau bercinta pun apa salahnya Khal, kau apa yang kau takde? Kau ada semua. Kacak, bergaya, ada kafe, ada kerja, ada duit, ada kereta...,"
"Aku tak bercinta lah Di"
Dian mencekup wajah Khal. Dibiarnya telapak tangannya kegelian ditusuk deduri janggut Khal.
"Duhai Khalid Emirza bin Sufyan, rakanku yang kusayangi sepenuh hati, berbadan tegap, hidung mancung, alis mata yang tebal, berfikiran cerdas dan kacak serta seksi tapi lemau dan penakut dan lembab oi, berhentilah tipu aku. Selok belok pasal engkau, penuh dalam poket aku tahu? Ergh, spill it. Siapa nama dia?"
"Kau nak percaya aku ke, kau nak percaya si mulut lahanat Jayed Lukman lahanat buaya darat tu?" terbeliak beliak mata Khal merenung Dian.
"Nama dia Lukman Javed lah"
"Whatever. Aku benci dia."
"Lantak kaulah." Dian beredar, cuba menonton televisyen.
Khal mampir ke arah Dian selepas melayan pelanggannya yang terakhir, mendakapnya dari belakang.
"Okay, sebenarnya macam ni.."
Dian ketawa.
No comments:
Post a Comment