Dia baik dan cergas.
Tapi comot.
Dian, dia gadis tersisih, kerana walaupun dia baik dan cergas.
Dia comot.
Dian jatuh cinta pada Harris yang kacak persis Aaron Aziz hero idaman gadis.
Tapi cintanya ditolak. Kerana walaupun dia baik dan cergas,
Dia comot.
Suatu hari pabila Dian berjalan, dadanya ditembak oleh penembak gagak.
Dada Dian berlubang. Tembakan itu tepat mengenai hatinya.
Lalu berlubanglah bahagian itu.
Hitam dan gelap macam semut hitam berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap. Sunyi.
Dian yang comot sudah tak berhati.
Sekarang Dian dah tak boleh bercinta lagi.
Detik itulah Harris kembali.
Dia kata Dian aku rasa aku sudah jatuh hati.
Dian walaupun kau comot tetapi kau baik dan cergas.
Dian cintailah aku.
Dian marilah bercinta.
Tapi Dian yang Comot, sudah tidak berhati.
Dan walaupun Dian Comot baik dan cergas,
dia sudah tiada hati.
2 comments:
This is.. heart-breakingly sad. :'(
sobs.
Post a Comment