Showing posts with label rasa dalam hati. Show all posts
Showing posts with label rasa dalam hati. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Hahahaha

Oh yes. Ini adalah post gigih. Bila mana hang patutnya tidur dan dalam beberapa jam sahaja lagi hidup kau akan dipenuhi perkara perkara duniawi yang sibuk, lantas kau berborak pula dengan diri sendiri meluahkan rasa hati di laman yang jarang dijenguk orang ini. Tapi tak mengapa. Kita menulis untuk meluahkan rasa hati dan jarang pula ingin mencari pengikut. (Tapi, yang mengikuti tu, terima kasihlah. Saya sangat hargai kamu, muahh. Ok over) Dan personally saya rasa ini kesannya apabila hang tidur petang. So bila hang tidoq petang, hang akan lambat tidoq malam. Tengok lah. La dah pukul 2.30 pagi. Oh mengapalah hari ni hari Isninnnnnn?

Ok berhenti jadi gila.

Dilema Dya #1

Sebenarnya hari ni nak cerita pasal perkara yang sering bermain dalam kepala semenjak dua menjak ni. Mengenai dilema gua ah. (Tetiba jadi 'gua' sebab kononnya rock.) Semenjak menginjak (wow rhymes) ke 23, semakin kita sedar kepada tanggungjawab atas dunia, semakin kita sedar kita semakin dewasa. Semakin kita sedar bahawasanya kita dah semakin kurang bergantung dan semakin malas nak susahkan parents kita. Semakin kita sedar yang sebenarnya parents kita juga bergantung pada kita.

Khususnya bab meluahkan perasaan.

Sebagai seorang anak, saya mula sedar bahawasanya saya juga tempat ibu dan abah saya meluah perasaan mereka; tentang segala benda. Tentang kegembiraan mereka, tentang suka, duka, tentang kecil hati mereka, tentang bangganya mereka. Tentang semualah.

Pastu yang paling dilema bila hang kena jadi pengadil kepada mereka tatkala mereka bersengketa.
Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Adohai. Esok dah baik semula. Lulllzz.

Dilema Dya #2

Saya tak pernah suka cartoon characters yang melampau. Atau terlalu suka akan bayi yang melampau. Sebab cartoon satgi time hang tengok la hang suka gila pastu hang tak suka pastu sian kartun sebab dah takda siapa suka. Begitu juga bayi. Comel tatkala kecil ja, bila besaq comelnya nan hado. Tapi saya kalah terhadap watak Agnes dalam filem The Despicable Me. Juga kepada Bakti Arjuna Fitri. Sampai termimpi dol.
Awat comel teghok woi. Kan dah Auntie Dya jadi die-hard fan. Lulz.
(Mana tah dilemanya tohle)

Dilema Dya #3

Dalam hati macam nak ada pacaran, tetapi otak habaq "hang bersedia kah untuk menjadi tipikal kekasih?". Otak juga berkata "Woi kau ni feeling dol." Komitmen pun malas nak tanggung. Bukan takdak yang mencuba namun......

"Jangan berangan lah", kata doppelganger saya.

Dilema Dya #4

Saya selalu dilema sama ada haruskah saya berbuat jahat kepada mereka yang berbuat jahat kepada saya. Ya ini suatu dilema yang remeh tapi gua selalu ada masalah tatkala nak react terhadap suatu perkara yang merobek sanubari. Dan kalau pun nak meluahkan rasa atau menulis atau cuba menulis tweets konon nak marah mesti tak berapa menjadi sebab walau aku menulis dengan penuh rasa marah aku akan padam dan cuba menjadi se-general yang mungkin. Ini sungguh tidak sihat kepada sanubari aku kerana mereka yang berbuat jahat akan berfikiran yang aku ini sungguh lame.

 Atau tidak.

Tapi aku tak lupa kejahatan mereka. Dan itu tak membantu ponz. Lulz.

Dilema Dya #5

Saya sebenarnya awkward dengan orang yang suka puji diri sendiri. Kalau hang memang cekap, komitmen dan kerja yang hang buat bermutu tinggi memang layakla hang diberi pujian. Itu wa tarak hal. Tapi dilema sikit dengan orang yang puji diri mereka cantik atau kacak.

Contohnya:

"Hey, he's not looking at you guys ah, he's looking at me, hahahaha" . Itu contoh dalam perbualan. Atau ada sesetengah yang rajin menulis semula peristiwa seperti :

blablablabla...Dia kata I cute, I taktahu nak cakap apa. -_-" haha

Sumpah ini langsung takde kaitan dengan rasa cemburu. Ramaiiiiiiiii gila manusia dalam dunia ini yang chanteque jua kacak tapi lawak puji diri sendiri memang tak berapa nak kelakar dan orang yang mendengar pasti tak tahu nak buat apa.  Hang nak suruh aku ketawa dan pastu?

Tapi kita pasti dapat beza kalau ada yang betoi2 nak buat lawak poyo puji diri seperti itu. Saya ada juga teman rapat yang sebegitu yang bila dia kata,

"I ni handsome/cun kan?"

Kau boleh EUW setepek muka dia dan gelak tak hengat donia.


**
Bosan lah. Nak tidoq pun takleh.

Esok ada kokurikulum.


Agnes awat hang comei? 




Thursday, February 7, 2013

Kegemaran.




"Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula"

"Syukur, masih ada kuasa dalam tubuh ini."





love, 
dyaJ

Saturday, March 10, 2012

Burgundy ep1.


Kertas buruk tiada guna lagi,
lantas dibaling ke tepi perigi.
Menanti bagai tempurung yang disisir ke tepi.

Kertas terjatuh dibasahi air mata bumi. 
Lantas pecah.

Laju mengalir membasahi tanah gersang.
Cuma seekor ikan kecil yang tahu.
Kemudian dua dan tiga.

Sadis.
Tangis.

Tuesday, February 14, 2012

Yesterday not today.

I celebrated my 21st birthday at Gravy Baby last year where Asboon sang me birthday song, and this year, since it is our semester break, I turned 22 in my very own house. Heh. 
Yesterday. I turned 22. 

....and still searching ways in becoming better Muslimah, daughter, sister and friends for everyone around me. Friends are very nice, they send me messages through FB, Twitter and phone wishing me blast year this year, to have good health la, and not forgetting those beautiful crafted and arranged words haha, very funny, made me laughed out loud last night. I called Eija last night after seeing her bad mood tweets past few days and after that I called Kei and AJ . Couldn't call Ema because she used different service provider for her phone. The last person I called is Acad. And we had a great laugh. HAHA



Anyways, may we all live in a happy barakah life. Aminn. Alhamdulillah and thank you friends :)

love♥
dyaJ

Wednesday, February 8, 2012

Roundabout.

Hari tu pergi balik Shah Alam sekejap sebab Abah got things to do in Puchong Puteri (eh betul ke ni?) and we managed to take a look at my rented house. So we lepak-ed at the house sekejap before I realized bila kita semua dah balik and arrived home, I actually left my precious beautiful lovely netbook there. So I was scolded for being such a lousy woman which is somehow betul lah tu. Lalai gila. So yesterday, my mother, my sister and I went back to SA dan ambil semula netbook itu.

Lesson #1: Sila jangan lalai. Dan sila double-check everything before you leave.

Okay, on our way back to Perak bumi bertuah (haha) kamiorang singgah sebentar bersama KitKat ke Sungai Besar sebab nak makan. Roti Canai. Dan sebuah restoran berjaya dipilih, and so go into the house when suddenly i get the urged to use the toilet. So I went and it was found out that the toilet was locked and I went back to the waitress to ask. She said there was another toilette somewhere behind the wall but it turned out to be MALE toilet. And dia kata "Guna je. Takde orang dalam tu". Masalahnya takde tandas duduk tu. Takkan nak shishi di atas lantai? Mehh apa ini?

Lesson #2 : Sila pandai mengawal segala pundi supaya dapat mencari tandas yang sesuai apabila perlu.

So I was hungry and before I sit back after I went to the toilet, I asked la that man a kueytiaw goreng when suddenly he shouted, yes shouted "TAKDE TAKDE". I was shocked I nearly cried because he was that rude. He's an old man by the way and I was being as polite as I can asking for that bloody kueytiaw goreng.
Hilang selera selepas itu. Lol.

Lesson #3 :  Even Old people can be rude, nowadays. So be prepared.


I love to watch people and how they lead their life. I am so grateful to be borned and raised in this country. You know, everything was beautiful, tadi I watched devoted Hindus celebrating Thaipusam, and I saw lots of  kindness being spread. I love it. I love it. I love the colours of their attires saree punjabis and everything. Warna warni bro! Haha best gila. Terus teringat sekarang fashion dah trend colour block kan in which pakai baju dgn striking colours semuanya seolah olah diinspirasikan oleh Barat walhal I di sini kita Asians (esp Indians) kot yang dah lama pakai trend ni dalam kehidupan seharian dia orang. Baju turqoise seluar maroon and everything. Cumanya kita selalu tak nampak dan bila Barat uar-uarkan trend tu barulah nak ikut dan agungkan. Haih, apa la.

Goodnight.


love♥
dyaJ

Thursday, October 6, 2011

Happy?- ness

Dimensi dan peralihan masa.
Transferens dalaman luar sedar.

Luar kesedaran.
p.s : Orang tua kata, banyaklah ketawa, kejap lagi berduka.
       Betul lah tu.



love♥
dyaJ

Tuesday, August 16, 2011

Berbeza sedikit.

I need to read good books. I've run out of good books. So i decided to watch hindi movies online. So when i waited PATIENTLY for it to buffer, the thing has no subtitles. Like i know hindi for bdehcu's sake, kan? So that's when Shufitri suggested maybe i should download e-books; which is indeed an excellent idea. Why i never thought about this? So i downloaded few books including The BoneSetter's daughter by Amy Tan and Queen of Babble by Meg Cabot. Mencari inspirasi, katanya.

(Please friends you know who Amy Tan is kan? Hint: Jing Mei, remember?Haha.) 

It was fun to know that there are a few books in you laptop and phone, where you will be saving a lot of money instead of buying the real copy but it was quite frustrating to not holding the real book. Like you know, silau lah tengok screen lama lama. So it was kinda lame and frustrating to know you can actually finish half a book in a night but since you're reading from your computer and phone, you can only achieve page 46 out of 242 pages in a night. Haha. Padahnya benda secara percuma -_-". The moral, belilah jangan download. 

Okay, tukar tajuk.

So sekarang we all know that LinDan won against Lee Chong Wei in last-two-days-international-event. Tak apalah, he still did his very best kot. Kalau berdebar hati kita menengoknya, berdebar lagi lah dia yang memukul bola. So aku tak faham kenapa ada lagi yang nak mengata umpat kat Chong Wei. Bukan kat dia je, dekat mana mana team sukan lah yang kalah. Macam team bola. Bila kalah semua nak mengumpat baik punya macam lah diorang tak main betul betul. Pastu dah la perkara ni berlaku dekat arena sukan je. Dekat dunia hiburan ke apa tak pernah dengarlah pulak. Mungkin diorang patut ambil tempat Chong Wei dan lawan dengan LinDan. Atau masuk team Harimau Malaya dan lawan team Chelsea. Hah!

So, macam kelakar sebab yang mengumpat ni kadang kadang rules and regulations badminton pun dia tak tau. or ni first time dia tengok Chong Wei main. So ya, macam kelakar di situ.


love♥
dyaJ 


Monday, July 11, 2011

Hilang bisik, ini bersuara lantang.

Maaf tiada gambar di entri kali ini.


Warning : This is a serious post.


I rarely talked about politics because there's nothing i could comment because i don't really want to involve in it. Maybe i should not reacted that way sebab i am one of the latest generation kan, why should i ignore all these? This is about my country, tanah tumpah darahku and ignorance is not the solution. So, when these people are busy talking about these BERSIH shizz and stuff, i started to read things and try to at least get some updates. 


From my readings, i guess i started to know about this Dato' Ambiga. And dia adalah pendokong utama sistem pluralisme. What the flabber is pluralism, you may ask? Pluralism is  when a form of society in which the member of minority groups maintain their independent cultural traditions. 



Dia adalah bekas Presiden Majlis Peguam yang menerima memorandum Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pd Ogos 2001. Not so long ago, huh. Okay, so sekarang mari kita lihat apa tuntutan IFC :


TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Come on baby. Malaysia adalah negara yang majoritinya beragama Islam dan mengamalkan sistem perlembagaan. Agama Islam agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan. We have churches, temples, everywhere in the country. Kita tak halang penduduk agama lain mengamalkan budaya dan amalan agama mereka, tetapi mengapa perlu ada yang menentang sebegini rupa terhadap agama kita? Ada orang kita pergi minta tuntutan supaya bayi yang dilahirkan oleh mereka yang bukan Islam disuruh menjadi Islam? Ada?


Okay, that is one thing. The next thing is dia pendokong utama demonstrasi Bersih. She created the Bersih thingy. What is this Bersih all about? Apa tuntutan dia?


Tuntutan BERSIH :


1. Membersihkan senarai pengundi
2. Memperbaharui sistem undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Tempoh berkempen minimum 21 hari
5. Akses media yang adil dan telus
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor


Sounds good. Cadangan yang menarik, mungkin selama ini apa yang dituntut sudah terlalu lama dipendam lantas menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Itu saya faham. Kerajaan mungkin ada salahnya, semua ada salahnya.Tetapi mengapa perlu demonstrasi? di jalanan? Mengapa Ambiga mengajak orang berkumpul dan berarak? Untuk apa? 


Jangan tanya apa negara bagi untuk kamu, tanya apa kamu dah bagi kat negara. Wang pinjaman diambil tetapi disuruh berkhidmat di tanah air tak mahu. Pinjaman pelajaran tidak dibayar. Subsidi dan semuanya kemudahan diberi.Malaysia bukan Thailand, dan jangan pernah jadikan ia seperti Thailand. Mengapa tidak berfikir? Mengapa tidak mengkaji sebelum melakukan tindakan? kenal siapa ketua kamu, kenal siapa pengikut kamu. Yang salah jangan diikut, yang benar ditegakkan. Ada cara atas semua permasalahan. Kenapa ini pulak jadinya wey? And those new generations, wake up la, stop being ignorant. It's our time now, y'know.


Pak Jib pun, do lah something. 


Bro, kalau lu tak suka, nanti bila undi lu pangkah la apa yang lu nak bro. Itu cara rakyat bersuara. 


Demokrasi, bukan demonstrasi.




love ♥
dyaJ

Monday, May 9, 2011

Mustahil boleh undur.

My parents fetched me last Saturday; picked all the stuff and settled things with the new tuan rumah. Yes, we're gonna move to another rent house next semester. Exactly in front of the Intec's guards booth. Ha eloklah tu kata mak. Pity the tuan rumah who is suffering from backbones disease/injuries. He's dang kind kot. He provides us with fully furnished house with additional carpet and coffee table for rm750/month. Awesome. Parents was happy, I am happy.

After that we went to our long time neighbour's house. Masa i duduk KL dulu. Masa i dengan anak dia si Firdaus, Ikram main basikal dan berkejaran macam gila, main pasir pergi panjat itu ini main kotor tu. Their house is somewhere in Section 20. So we went and met them. Ikram is taller than her dad, Asmina the sister is going to get engaged ke apantah and the other younger siblings. Firdaus wasn't there, he is somewhere entah mana belajar dia tu taktaulah. Phew. The best part was when the mother showed us a picture of me and Firdaus.. oh and Ikram. Haha coolness i was looking quite cute la kot with an orange top and a short. She said i was quite rough those days so it's only me who played with them. ;') Haha. entah, saya dah lupa.

So we went home with me feeling feeling oh-cepatnya-masa-berlalu-saya-dah-besar-okay-dah-21-tahun-tak-sangka-cepat-betul-blablablablabla. Like seriously time flies fast. So just now, tiba tiba fefeeling mengimbaumasalampau so i went to the cabinet and pull out an album of me. Adoring how cute was me (dulu jela sekarang memang tak) when i was a baby babies and stuff.

Yeah, I was born as the first daughter in the family. a normal one. Not rich nor poor. Ups and downs, bits and pieces i can't believe i am still alive with nice family members, good neighbours (ehem!) and obviously awesome,cool friends. I should've been in grateful enough to have them around me.

From as small as toddler,  to a kid, to an adult.

With family and friends; bfs, good friends and frenemies lol.

Teringin gak nak letak gambar waktu kecik. nah dua ketol.




Best waktu kecik nih dulu.

Alhamdulillah for everything ya Allah.


love♥
dyaJ

Thursday, May 5, 2011

Kotak lama.

*Sebab benda ini dah lama.

Sedikit mungkin biasa, bertambah lagi tapi masih optimistik dan kalau dah macam banyak, mungkin akan timbul pesimistik dan kalau dah berlebihan akan mengundang rasa sadis. Okay peduli apa lantak dengan sifat sikap optimis pesimis kismis orang kerana diriku lebih berharga itu akan berpatah semula dan membuat dirimu seperti terkena boomerang yang dibaling tersodok diri sendiri. Ha, kalau tak faham sila pedulikan. Benda subjektif abstrak macamni bukan senang nak diukir menjadi sesuatu yang umum nak nak pula di malam pagi hari yang hening.

Fikir tentang perkara yang seronok seronok yang buat adrenalin kau melonjak naik macam kau naik roller coaster kat Goldcoast. Cuba pula fikir tentang detik bilamasa kau bergelak ketawa macam nak keluar urat tengkuk, fikir pula adegan sedih payah jerih bergelumangnya engkau dengan airmata. Fikir tentang segala yang engkau tahu atau tidak tahu, atas apa sumbangan entiti entiti yang ada di sepeceluk setiap tepi kiri kanan depan belakang kau. Ya masa itu memang berharga buat apa nak fikir yang lepas lepas kan tapi entah, sesetengah orang terlalu mengikut kata logik akal untuk tidak mengenang masa lampau.

Okay susah nak explain.

Bukan semua orang pandai tunjukkan rasa sayang pada sesuatu/seseorang. Tapi setiap manusia perlukan penghargaan dari orang sekelilingnya. Semua orang nak diri dia dihargai dan rasa diri dihargai itu saja sudah jadi satu elemen penting dalam perkembangan atau pengekalan sesuatu hubungan. Did i mention anything about boomerang yg tersodok? oh dah.

Point dia adalah kau hargai tak orang sekeliling kau?

Sebab mereka hargai kau, wey. Ya, masih lagi.








p.s : Tersampai atau tidak agaknya?

love♥ 
dyaJ

Wednesday, April 13, 2011

Patah tak tumbuh lagi.

Kita memang takkan tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita, apa akan jadi pada barangan kita atau perhubungan kita. Sesetengah manusia hebat cuba mencorak akan masa depannya dan mula merancang perkara yang akan menyenagkan kepada hidupnya kelak. Oh baguslah begitu. Ada usaha, yang tinggal hanya tawakal dan doa. Okay, fine habis disitu. Mukadimah kita pada hari, detik ini.

Cakap banyak tak guna bai.

Tapi sayacuma nak kata , awak, kalau layan kawan, layan elok elok. Sebab kawan dengan bukan kawan ada banyak beza. Kawan knows more about you. He/she spends a lot of time with you, and stuff. So bagila layanan yang munasabah untuk dirinya. Sebab awak manusia, dia juga manusia, tambah lagi dia kawan awak. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kawan awak ada perasaan, otak hati, mata sama seperti awak. Senang cerita macam ni, kalau awak duduk tempat dia dan awak juga dilayan sebegitu rupa, awak akan rasa apa sahaja yang dia akan rasa. Cumanya kali ini dia rasa sedih. Sedih sekali.

Come on lah, walau apa pun masalahnya pasti ada jalan penyelesaian. Turunkan ego atau apa saja yang awak panggil dan berbincang sewajarnya. Jangan cuba mengguris hati manusia sebab manusia ada kesabarannya.
Seperti span yang akan menyerap walau segayung air dituang tapi bila sudah penuh, dia akan de-absorb. Setiap titis akan keluar dan sudah tiada fungsi.

Saya menulis dengan akal yang waras, hati yang tenang. Walau sedalam mana pun luka terguris, sebanyak mana air mata mengalir. Saya bercakap sejujurnya. Telus, bukan masalah sangat, saya cuma minta layanan yang baik.
Yang tidak mengguris, yang tidak membuat sakit.

Sebab persahabatan adalah istimewa. Dan layanan untuk kamu sebagai kawan adalah berbeza dengan mereka yang bukan.

Tak banyak yang saya minta. Tapi tak apa, mungkin akan ada yang berkata, hei melampaunya permintaan kau, manusia adalah sama tiada beza. Jangan beriya.


Tapi fikir semula, kamu akan layan boyfriend/girlfriend kamu macam kamu layan jiran kamu ke? This is mutual man. Kalau awak taknak dilayan sebegitu, awak ingat dia nak ke?

Fikir balik macamana kamu layan kawan kamu dan renung-renungkan. Tak mintak banyak pun.


Whatever.Ciao.

Akar saya masih teguh. walau daun tiada lagi.
Pic credit to Gugel.

p.s: Sorry lah takde kata penutup.



love♥
dyaJ

Monday, April 4, 2011

penakut.

Tak semua kau rancang kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja



Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku



-sukakau.byyuna.






p.s: biarmalamkelam,sepisesepidiriku. 


love♥
dyaJ

Sunday, March 27, 2011

Inai kelabu.


Sejuk beku yang menyalut tubuh tidak mungkin mampu membuat hati pejal bagai batu.
Angin menderu pun tak bisa menolak kukuhnya kaki mencengkam bumi.

Sungguh kau bukan aku.
Dan walau dekat sekali pun kau, rapat hingga tiada ruang lagi antara kau dan aku,

Masih. Jauh lagi kau dengan aku.

Dan jangan lagi bermimpi, mencari arus rasa yang sebelum ini digembar gembur bagai mengorek tanah untuk menanam ubi.

Sebab ianya sudah dikorek kembali, tak sempat ia menabur budi.

Rasa itu semakin pergi.

Au revoir, sayang.



love ♥
dyaJ

Tuesday, March 15, 2011

Avez-vous deja pense a moi?
love ♥dyaJ

Saturday, March 12, 2011

hati biru

Dan bisiknya pada langit,

" Aku bukanlah anak kecil yang merengek pabila jatuhnya gula gula ke tanah, dan bukan juga sepohon semalu yang kuncup disapa sentuhan. Aku bukan manusia yang terlalu naif untuk kau umpan dengan kata kata kau, dusta, onar dan nista kau.Sayangnya aku pada dia bukan bermakna aku terlalu taksub dengan rasa dan menangisnya aku bukan kerana ditolaknya cinta.

dan titisan yang jatuh dari mataku, tiada bermaksud apa.
cuma sayu yang kadangkala tiba, bila minda mula mengikut rasa.

Selamat malam dunia. Semoga kau dan aku gembira.
Bila esok kita bukakan mata."

Ironi. Tiada yang mendengar.


p.s : Gthd.

- ♥ Ungu.



love ♥
dyaJ

Wednesday, March 2, 2011

#Selfnote.

Ya hari ini aku harap hari kau baik baik saja dan berjalan dengan lancarnya, selancar air mengalir dari laut ke sungai. Dan aku harap detik detik indah kau dapat sematkan dalam album gembira kau. Kelak kau boleh buka dan belek belek semula saat kau berduka. Dan pada setiap permasalahan yang kau timbulkan pasti ada jalan penyelesaian, tapi kau kena bersabar, gunakan sehabis daya kerana di akhir hari nanti keputusannya akan memuaskan hati. Dan kau mungkin gusar dengan apa jua yang berlaku, tentang persoalan yang mana jawapannya mungkin tidak langsung berpaling terhadap kau. Terus pergi dan biarkan kau sendiri, berbekalkan sedikit usaha dan yakin pada diri. Tapi aku tahu, dan aku harap kau juga tahu, yang aku disini pasti kau akan memilih jalan yang pasti, yang kelak menguntungkan kau. Walau mengambil sedikit masa.


Aku tau la bukan setiap hari kau okay sentiasa, tapi tabahlah wahai awek. Buka tingkap, pandang luar dan ambil nafas dalam dalam. 




*inhale,exhale.

#agoni


Dan memang moving on itu terlalu sukar sampai malam tak jadi malam, bersengkang mata groogroo macam burung hantu yang kepatahan sayap lagaknya pabila dihentam badai gelora yang buat hati dan otak sentap gilagila punya. 


Sayang seribu kali sayang. 


***


Sudah berapa kali dia cuba mencorak garis senyum di pipi. Berjuta. 


Sayang seribu kali sayang lagi, tiada yang mengerti semuanya cuma mahu masuk bakul angkat sendiri dan berlari membawa sebesar mana bakul yang mampu di angkat tangan sendiri, bawa dan pikul ke serata alam agar semua perkara boleh dibawa masuk ke dalam nya, tinggi muatannya, semakin berat ia menjadi. 


Tinggal dia, tanpa bakul kerana terlalu miskin sehingga menitis air matanya pun dijilat buat penghilang dahaga yang muncul di terik bahang mentari. Kasihan. dan agoni.


***


Dan otak yang berputar setiap kali mata tertancap pada bait bait kata indah yang hanya dilakar di khayalnya minda membuat matanya kelam dengan lantas kabur tidak mampu menatap kaftan biru tersarung di sosok tubuh yang terperuk di sudut yang sekali dijangkau mata tidak kesampaian.


Dan katanya tiada duka yang mampu menjentik walau sekelumit ruang di hatinya kerana dirasakan hatinya itu cukup kebal.


Cheh, tapi yang taptaptap dari kelopak mata tu apa?


***
Dan setiap kali rasa sayu pilu menjenguk ruang hati yang lohong, meja hitam menjadi peneman, mesin taip menjadi pendengar dan nescafe o penghilang dahaga. 


" Kebal itu tiada dan ini bukan mimpi."


diikuti dengan bunyi hingus disedut dalam dalam. Cukup agoni.




love♥
dyaJ

Friday, February 18, 2011

Puitis.


Bisikku pada bulan 
Kembalikan temanku 
Kekasihku, syurgaku



Tanpa dia malam menemani 
Sepi memelukku



Bulan jangan biar siang 
Biar alam ini  kelam 
Biar ia sepi sepertiku ... 


(Khalil Gibran)


A poem from the movie Sepi. Yes, it was such a nice movie. 
A sad one. But I like it.



p.s : Minggu ini minggu puitis; for me, at least.

Love♥
dyaJ

Monday, February 14, 2011

Sepatah dua kata.

Alhamdulillah. 
Oh ya, saya dah besar okay. a twenty-one year old lady. Gitew. Haha. Thanks for the wishes. I appreciate those. Thanks for not throwing me flour and stuff. Thanks for being my friends. Thanks for being my housemates. Thanks for being my pals. Thanks for being understanding. Thanks for reading my blog. Thanks for being a follower. Thanks for being understanding. Thanks for giving me presents. Thanks for calling. Thanks for messaging. Thanks for everything. Tau? I love you guys. Like a lot. :) 

Time flies dang fast. I've never thought of being twenty-one at the first place. Gila kau dah besar siot. dah bolhe buat benda yang pelbagai. Hahah! Chehs berangan. Ya ya tak tau apabenda yang dah berubah. Perangai masih sama, imaginasi masih di puncak gunung minda, harapan cuma kematangan bertambah, rezeki dan kesihatan juga. Untuk saya dan kawan kawan semua. ;)

Penutup kata, nah ambik gambar saya yang vain diambang pengakhiran umur 20.LOL!! Bajet je. Apa kau ingat kau artis dya? Chehs.



p.s : Terima kasih semuanya. 

Love ♥
dyaJ

Tuesday, January 18, 2011

Frantically excited.

My Libyan course mate married during our last semester break and God knows how amazed i am when Nadia the other course mate told me that she saw her and the husband when the husband sent her or something at the faculty. I was very curious and furious, ( eh, why should i be furious? LOL just kidding,i am not even furious) on how can she get married in such age, NOT being in your homeland and something, the studies blablabla, dahla she came back here on the 3rd week of studying and then with the status of a married woman. wow wow wow. Haha.

At last, we got to meet her just before the second class started. Oh the curiousity kills me. She is different from what she was last semester, the glow face of behaving a husband is still there. Ohohoho. I don't know! I can't accept this! I had to meet her husband! *Teruja teramat. 

Because marriage is not a small thing. Hihi. We are not even 21 mann, we need more than just love to be that determine to get married woy. I also, frankly said sometimes imagine things but this is too awesome. LOLOL. HAHA i get so distracted about this and who knows next semester or something she might get pregnant pulak? HAHAHA I just pray she'll be in happiness, always.


Now i also become interested to get married. LOL. 



love♥
DyaJ